Selasa, 3 September 2013

Video Demonstrasi BBM untuk Android Diperlihatkan

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakah Blackberry Messenger ( BBM ) akan kelihatan pada telefon pintar Android anda ? Sekarang inilah peluang anda untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Kini sebuah lagi video demonstrasi telah tertiris ke arena web yang telah dimuat naik oleh seorang pemuat naik video di Youtube bernama JBeylovesyou .



Dalam video ini , cara pengoperasian BBM kelihatan tidak jauh berbeza dengan peranti telefon pintar Blackberry 10.Berdasarkan sumber, aplikasi BBM ini turut hadir dengan fungsi-fungsi yang sama pada peranti telefon pintar android yang lain termasuklah sokongan Near Field Communication ( NFC ).Pihak Blackberry juga menyatakan bahawa aplikasi ini akan didatangkan dalam dua versi yang berbeza,masing - masing untuk Android dan Apple iPhone tidak lama lagi.Apa kata anda mengenai aplikasi BBM pada android?Lihat dulu video ini, dan sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.



SUMBER RUJUKAN
: Androidcentral.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan