Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X

Video Rasmi Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear dari Samsung

Jumaat, 6 September 2013


Pihak Samsung kini hadir dengan video pandang pertama untuk Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear.Seperti semua sedia maklum,kedua-dua peranti pintar tersebut tleah dilancarkan pada acara IFA 2013 yang berlangsung pada 5 September 2013 yang lalu.

Video-video tersebut memaparkan secara teliti mengenai fungsi terbaharu yang dibawakan bersama Android 4.3 Jelly Bean pada peranti pintar keluaran syarikat mereka.

Video pertama adalah mengenai peranti Galaxy Note 3.


Video seterusnya ini memaparkan gabungan hebat dan pengoptimasian sepenuhnya antara peranti Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear.


Jadi,apakah pendapat anda mengenai peranti terbaharu daripada pihak Samsung ini?Tepuk dada, tanya kocek.

Kemaskini Android 4.3 untuk Galaxy SIII dan Galaxy S4 Akan Hadir Bulan Oktober

Khamis, 5 September 2013


Pada acara IFA 2013 yang berlangsung hari ini, pihak Samsung turut berkongsi dan menyatakan bahawa 2 daripada peranti terkenal mereka akan mendapat kemaskini versi Android 4.3 Jelly Bean.Peranti tersebut ialah Galaxy SIII dan Galaxy S4.

Kedua-dua peranti tersebut akan mula mendapat kemaskini versi terbaru android dalam masa sebulan sahaja lagi iatu pada bulan Oktober.

Hal ini sekaligus membolehkan para pengguna sedia ada , menikmati tawaran pihak Samsung yang terbaru iaitu Galaxy Gear yang boleh digunakan bersama-sama dengan kemaskini terbaharu ini.

SUMBER RUJUKAN : Engadget.com

Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 Mula Diperkenalkan Secara Rasminya

Pihak Samsung sekali lagi turut tidak ketinggalan memperkenalkan kemaskini terbaharu bagi peranti keluarga Galaxy note 10.1 yang pernah diperkenalkan suatu masa dahulu.Kini,peranti tersebut dinamakan sebagai Samsung Galaxy Note 10.1 Edisi 2014.

Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 terbaharu ini membawakan pelbagai kemaskini baharu yang dibina berdasarkan peranti Galaxy Note 3 terbaharu mereka termasuklah dari segi spesifikasi dan aplikasi percuma yang menarik.

Spesifikasi ringkas Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 :

  • Skrin sebesar 10.1 inci Panel LCD WQXGA ( 2560x1600 / 300 ppi )
  • Kamera belakang 8 megapixel beserta flash LED / kamera hadapan 2.0 megapixel
  • 2 pilihan cip pemprosesan Quad Core Snapdragon 800 2.3 GHz LTE / Exynos Octa Core 1.9 GHz 3G
  • Mempunyai satu butang fizikal Home dan 2 butang kapasitif
  • Sokongan penambahan kad memori tambahan dan speaker stereo
  • 3 GB RAM 
  • Sistem operasi terbaharu Android 4.3 Jelly Bean
  • Menyokong penggunaan S-Pen baharu
  • Sokongan Samsung Knox untuk sekuriti
  • Pelbagai aplikasi menarik percuma terbina dalam dan dioptimasikan sepenuhnya untuk Galaxy Note 10.1 Edisi 2014
  • Akan hadir ke pasaran global mulai suku ketiga tahun 2013
Rujukan Gambar peranti boleh ke laman Engadget.com.

Samsung Galaxy Gear : Jam Tangan Pintar Samsung

Pada acara IFA 2013 yang berlangsung hari ini, pihak Samsung memperkenalkan 3 peranti terbaharu dari mereka dan salah satunya termasuklah jam tangan pintar Galaxy Gear.

Galaxy Gear diperkenalkan buat julung kalinya oleh pihak Samsung yang dioptimasikan sepenuhnya untuk penggunaan bersama peranti Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 Edisi 2014.Galaxy Gear juga bakal menyokong beberapa peranti lain seperti Galaxy SIII ,Galaxy S4 dan Note 2 kelak.

Galaxy Gear kali ini tampak lebih kemas berbanding gambar yang pernah tertiris ke arena web sebelum ini dan menyokong beberapa perkara menarik yang lain seperti :

  1. Panggilan Keluar dan Masuk
  2. Merakam gambar dan video 720P melalui kamera terbina dalam sebesar 1.9 megapixel BSI
  3. Mempunyai 2 mikrofon dan sebuah speaker terbina dalam
  4. Dilengkapi sokongan Bluetooth 4.0 BLE untuk dihubungkan kepada peranti
  5. Ram terbina dalam sebesar 512MB
  6. Storan dalam sebesar 4GB
  7. Mempunyai aplikasi S-Voice
  8. Skrin sebesar 1.63 inci Super Amoled (320x320 pixel / 277ppi )
  9. Bateri sebesar 315 mAh untuk penggunaan harian melebihi 25 jam dengan sekali pengecasan penuh
  10. Turut menyokong lebih 70 aplikasi semasa diumumkan dan semakin bertambah
Galaxy Gear ini akan mula berada di pasaran 25 September 2013 ini bersama-sama dengan Galaxy Note 3.

Samsung Galaxy Note 3 Diperkenalkan Secara Rasminya

Pihak Samsung akhirnya melancarkan peranti phablet terbaru mereka yang dikenali dengan nama Galaxy Note 3.Telefon pintar phablet terbaru Samsung ini, membawakan kelainan menyeluruh dari segi reka bentuk iaitu lebih berdasarkan rasa kulit berbanding peranti-peranti terdahulunya yang lebih kepada penggunaan plastik.Hal ini ,sekaligus menjadikan Samsung selangkah kehadapan membawakan peranti yang lebih artistik dan premium dia arena telefon pintar.

Selain itu, Galaxy Note 3 ini turut mendatangkan pelbagai fungsi-fungsi baharu yang menarik termasuklah S-Pen yang baharu.

Spesifikasi Ringkas Galaxy Note 3 :
  • Skrin bersaiz 5.7 inci Super Amoled Full HD ( 1920x1080 pixel )
  • Ditawarkan dalam dua pilihan Cip pemprosesan ( LTE , 2.3 GHz Quad Core Snapdragon 800 / 3G , 1.9 GHz Exynos 5 Octa-core )
  • Kamera belakang 13.1 megapixel dengan sokongan rakaman video Ultra High Definition,UHD 4K dan IR LED / 2.0 megapixel bahagian depan.
  • Fungsi S-Pen terbaharu : Air Command , Action Memo, Scrapbook ,Screen Write, Pen Window
  • Aplikasi menarik : My Magazine,Multi Vision,New Multi Window,S-Note,S-Finder, Samsung Knox(keselamatan)
  • Menyokong penuh fungsi dan penggunaan Galaxy Gear ( jam tangan pintar Samsung )
  • Akan hadir ke pasaran Malaysia pada 25 September 2013 ini.




Sama-sama kita nantikan Galaxy Note  3 hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Rasminya Gambar Terbaru Sony Xperia Z1 Honami adalah Benar

KEMASKINI TERBARU : Kesemua ura-ura yang disiarkan ,kini telah menjadi kenyataan apabila setiap maklumat yang tertiris menepati kesemua spesifikasi pada hari pelancarannya di acara IFA 2013 ( 5 September 2013 ).Terdapat sedikit maklumat tambahan diperolehi telah disertakan bersama-sama post kali ini.

Mungkin sebelum ini kita dapat melihat banyak gambar-gambar Sony Xperia Z1 Honami tertiris ke arena web.Kini beberapa keping gambar lagi tertiris ke arena web sebelum pelancaran rasminya di IFA dalam masa dua hari lagi(Khamis ini).Gambar yang diperlihatkan kali ini , diura-urakan adalah imej akhir bagi Sony Xperia Z1 Honami sebelum ia diperkenalkan dan dipasarkan kepada umum kelak.
Jika diperhatikan dengan teliti pada bahagian kamera belakang,terdapat logo yang mengatakan bahawa kamera yang digunakan pada kali ini mempunyai lensa G-lens.Pada bahagian tepi pula, terdapat slot untuk micro sim dan juga menyokong slot kad memori micro SD tambahan bagi tujuan penambahan memori.Selain itu, pihak Sony juga masih mengekalkan butang pantas bagi mengakses aplikasi kamera pada Sony Xperia Z1 Honami.


Spesifikasi awal ( ringkasan ):
  •  Skrin sebesar 5 inci ( Trilluminos )
  •  Paparan HD penuh
  •  Kamera sebesar 20.7-megapixel
  •  Cip pemprosesan Snapdragon 800
  • Penambahan menarik : Ia juga sesuai digunakan bersama lensa luaran terbaru keluaran pihak Sony.
  • Dilengkapi dengan pemprosesan imej baharu : BIONZ
  • Menyokong penggunaan zoom ketika merakam gambar sehingga 3X tanpa menjejaskan kualiti imej.
  • Berkebolehan melakukan rakaman " Burst " sehingga 61 imej dalam masa 2 saat
  • Akan hadir ke Malaysia pada minggu pertama Oktober

Berdasarkan sumber,pihak Sony juga bakal mengumumkan peranti ini secara rasminya serentak di beberapa negara Asia termasuklah Malaysia pada IFA kelak.Mari sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya yang bakal berlangsung tidak lama lagi ( 5 September 2013 ).

SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2Xperia Blog.net

Alcatel One Touch Idol X Berharga RM 1099

Rabu, 4 September 2013

Pihak Alcatel secara rasminya telah melancarkan telefon pintar bernama Alcatel One Touch Idol X selepas seminggu ia diperkenalkan kepada pihak media.

Hal ini sekaligus membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan keluaran terbaru telefon pintar ini  secara rasminya di Malaysia pada hari ini.


Spesifikasi ringkas Alcatel One Touch Idol X :
  • Cip pemprosesan Empat teras 1.5 GHz
  • Saiz skrin 5 inci Full HD IPS( 1080x1920 pixel )
  • Kamera beresolusi 13.1 megapixel ( belakang ) / 2.0 megapixel ( depan )
  • Didatangkan dengan antaramuka khas dari Alcatel
  • Sistem Operasi Android 4.2 Jelly Bean
  • Ram 2 GB
  • Storan Dalaman sebesar 8 GB / 16 GB

Pihak Lazada turut menawarkan harga istimewa, RM 999 selama dua minggu dari tarikh pelancarannya.Selepas tawaran istimewa itu tamat, Alcatel One Touch Idol X bakal ditawarkan kepada kepada semua pebgedar rasmi di Malaysia.

SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : Alcatelonetouch.com

Adakah ini Peranti Nexus 5 Terbaru?

Dalam kesibukan pihak KitKat, sebuah jenama di bawah Syarikat terkenal, Nestle mempromosi versi terbaru Android yang baru diperkenalkan pihak Google, sebuah video khas turut di muat naik Google yang memperlihatkan proses pemasangan patung Android KitKat di hadapan pejabat mereka.


Apa yang menariknya dalam video ini ialah, ia lebih memfokuskan kepada seseorang yang sedang sibuk merakamkan gambar dengan sebuah peranti yang mempunyai jenama NEXUS di belakangnya.Peranti tersebut membawakan tulisan mendatar , " NEXUS "  ;sama seperti Nexus 7 terbaru selain turut menampakkan logo LG bersama-sama dengannya.Saiznya kelihatan lebih kecil berbanding Nexus 7 terbaru ( 7 inci ) dan kelihatan seakan-akan pihak Google ingin turut sama memperkenalkan sebuah telefon bersaiz phablet kepada umum.


Mungkin pihak Google ingin memberi sedikit petunjuk awal mengenai peranti terbaru yang akan dikeluarkan oleh pihak mereka kepada umum.Jadi, sama-sama kita tunggu kehadiran sebuah lagi peranti dibawah keluarga " NEXUS " yang bakal diumumkan.

SUMBER RUJUKAN : Droid-life.com



Pihak KitKat Mempromosi Android 4.4 Terbaru

Pihak Google telah memperkenalkan versi Android terbarunya yang dinamakan Android 4.4 KitKat.Selari dengan pengenalan itu, pihak Nestle dibawah jenama KitKat kini hadir dengan iklan video terbaru yang serba sedikit menyerupai iklan pihak Apple bagi mempromosikan versi android terbaru.Turut tidak ketinggalan, pihak terlibat ( KitKat )  telah mengemaskini laman sesawang utama mereka yang mirip seperti sebuah laman sesawang untuk sebuah gajet terbaru.


Jika diperhatikan secara teliti, laman sesawang utama KitKat cuba untuk memberi umum, idea mengenai spesifikasi,rekaan, aksesori dan sebagainya mengenai sesuatu yang baharu bakal hadir dari pihak Google melalui versi Android terbarunya KitKat.



SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : The Verge.com

Android 4.4 Dikenali Sebagai KitKat

Ramai diantara penggemar telefon pintar android menantikan kemaskini terbaru untuk sistem operasi telefon mereka termasuklah berasa teruja untuk mengetahui sistem android terbaru.Kini, pihak Google secara rasminya memperkenalkan kemaskini versi terbaru dalam keluarga android yang dikenali sebagai Android 4.4 KitKat.


Hal ini sekaligus,menamatkan spekulasi mengenai versi Android seterusnya yang hangat diperkatakan sebagai Android 5.0 Key Lime Pie.Berdasarkan sumber,Sundar melalui akaun Google+  telah berkongsi kepada umum bahawa versi android seterusnya bakal dinamakan KitKat dan turut mengatakan bahawa angka pengaktifan Android mencapai 1 billion di seluruh dunia.Sejajar dengan itu,sebuah laman khas telah disediakan untuk Android KitKat yang menggunakan angka Android 4.4 sebagai versi terbarunya.

Namun,tiada sebarang perkara baharu mengenai fungsi atau kelebihan yang ada pada Android 4.4 KitKat diumumkan.Sama-sama kita nantikan tawaran menarik dari pihak Android.





SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : Gottabemobile.com

Meizu MX3 Diperkenalkan Dengan Sokongan Storan Sehingga 128 GBSyarikat

Syarikat telefon pintar dari China, Meizu yang terkenal dengan telefon pintar kelas tinggi dan menyertakan pelbagai fungsi menarik di bawah jenamanya ,kini secara rasminya sekali lagi melancarkan telefon dengan kod nama Meizu MX3.Telefon pintar Meizu MX3 ini juga tergolong dalam kelas tinggi yang membawakan storan dalaman yang begitu menarik sekali iaitu sehingga 128 GB.Hal ini menjadikan Meizu MX3 sebuah telefon pintar yang mampu menjadi penanda aras baru dalam arena teknologi di pasaran telefon pintar sekarang.

Spesifikasi ringkas Meizu MX3 :
  • Skrin : 5.1 inci (1800x1080 pixel)
  • Sokongan paparan  skrin : 15:9 ( tidak sama seperti kebiasaannya, 16:9 )
  • Kamera : 8.0 megapixel ( belakang ) / 2.0 megapixel
  • Ram : 2 GB
  • Cip pemprosesan : Samsung Exynos Octa 5
  • Masa bertahan Bateri : 2400 mAh
  • Storan dalaman : 16 GB - 128 GB
  • Sistem operasi : Android ( Flyme OS 3.0 Skin )
  • Harga saranan : 16 GB = $410 / 128 GB = $650
  • Tarikh pasaran : Kemungkinan besar hanya untuk pasaran China. 

Sokongan paparan skrin yang berbeza dengan telefon-telefon pintar di pasaran iaitu 15:9, mungkin sedikit janggal dan lebar untuk digunakan tetapi ia mirip Nexus 4.Meizu MX3 ini juga turut cip Wolfson audio kelas tinggi yang menjanjikan kualiti audio terbaik.Sistem operasi Flyme OS 3.0 juga merupakan sebuah sistem yang dioptimasikan sepenuhnya berdasarkan operasi android yang baru dan belum diketahui versi pembangunannya.


SUMBER RUJUKAN 1 : Androidandme.com
SUMBER RUJUKAN 2 : Androidpolice.com

Gambar Samsung Galaxy Note 3 Tertiris Lagi

Selasa, 3 September 2013


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pihak Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy Note 3 kepada umum sekaligus merancakkan lagi pasaran telefon pintar bersaiz phablet.Kini, laman sesawang techkiddy mula memaparkan beberapa keping gambar yang diura-urakan sebagai Galaxy Note 3.Sekali imbas, rupanya ada mempunyai iras-iras telefon Samsung Galaxy S2.Ia lebih kepada bentuk segi empat dan amat berbeza daripada peranti keluarga Galaxy Note 2 sebelum ini.


Spesifikasi ringkas ( ura-ura ) : Mempunyai dua variasi berbeza
  • Pilihan Skrin bersaiz 5.68 inci Full HD Super Amoled / Full HD LCD
  • Pilihan Cip pemprosesan Snapdragon 800 / Exynos 5420
  • Pilihan Kamera 13.0 megapixel, sokongan rakaman video 4K ( Super Amoled )  / 8.0 megapixel ( LCD )
  • 3 GB ram
  • Memori dalaman 32 GB / 64 GB
  • Pemain muzik kualiti HiFi 24bit / 192 kHz
  • Masa bertahan bateri 3300 - 3420 mAh
  • Sistem Operasi Android 4.3 Jelly Bean
SUMBER RUJUKAN 1 : Malayandroid.com
SUMBER RUJUKAN 2 : Techkiddy.blogspot.in

HTC Desire 300 Rasminya Diumumkan dengan Sokongan Blinkfeed

Pihak HTC turut tidak ketinggalan menambah koleksi telefon pintar berspesifikasi rendah hari ini yang dikenali dengan nama HTC Desire 300.Walaupun ia masih dikategorikan sebagai spesifikasi kelas rendah, namun ia turut menyertakan fungsi Blinkfeed yang terkenal dalam peranti kelas tinggi sama seperti HTC One.

Spesifikasi ringkas HTC Desire 300 :
  • Saiz Skrin : 4.3 inci WVGA
  • Cip pemprosesan : Dwi-teras 1.0 GHz Snapdragon S4
  • Ram : 512 MB
  • Kamera : 5.0 megapixel ( belakang ) / VGA ( depan )
  • Sistem Operasi : Android Jelly 4.2.2 Bean
  • Didatangkan bersama HTC Sense dan Blinkfeed
  • Tarikh pasaran : Oktober 2013
 
SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : HTC

HTC Desire 601 Diperkenalkan Secara Rasmi

Hari ini, pihak HTC telah mengumumkan HTC Desire 601 secara rasminya kepada umum.Telefon pintar keluaran HTC kali ini tergolong dalam kelas spesifikasi pertengahan yang dulu pernah diura-urakan membawa kod nama " HTC Zara ".


Spesifikasi ringkas HTC Desire 601 :
  • Saiz Skrin : 4.5 inci ( 960x540 pixel )
  • Cip pemprosesan : Dwi-teras 1.4 GHz Snapdragon 400
  • Ram : 1GB
  • Kamera : 5.0 megapixel ( belakang ) / VGA ( depan )
  • Sistem Operasi : Android Jelly 4.2.2 Bean
  • Menyokong 4G LTE
  • Didatangkan bersama Sense 5.0 , HTC Zoe, Blinkfeed dan Boomsound
  • Tarikh pasaran : Oktober 2013 ( pasaran Asia dan Eropah )

 Berdasarkan sumber, HTC Desire 601 yang ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam dan merah ini, masih belum diketahui bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan

SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : HTC

Video Demonstrasi BBM untuk Android Diperlihatkan

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakah Blackberry Messenger ( BBM ) akan kelihatan pada telefon pintar Android anda ? Sekarang inilah peluang anda untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Kini sebuah lagi video demonstrasi telah tertiris ke arena web yang telah dimuat naik oleh seorang pemuat naik video di Youtube bernama JBeylovesyou .



Dalam video ini , cara pengoperasian BBM kelihatan tidak jauh berbeza dengan peranti telefon pintar Blackberry 10.Berdasarkan sumber, aplikasi BBM ini turut hadir dengan fungsi-fungsi yang sama pada peranti telefon pintar android yang lain termasuklah sokongan Near Field Communication ( NFC ).Pihak Blackberry juga menyatakan bahawa aplikasi ini akan didatangkan dalam dua versi yang berbeza,masing - masing untuk Android dan Apple iPhone tidak lama lagi.Apa kata anda mengenai aplikasi BBM pada android?Lihat dulu video ini, dan sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak.



SUMBER RUJUKAN
: Androidcentral.com


Bungkusan iPhone 5C Hadir dalam Beberapa Pilihan Warna



Selari dengan acara Apple iPhone yang bakal berjalan pada 10 September 2013, gambar-gambar mengenai iPhone 5C turut tertiris ke arena web.


Gambar kali ini memperlihatkan bagaimana pembungkusan iPhone 5C terbaru, keluaran pihak Apple sebelum ia menjengah ke pasaran kelak.Jika dilihatkan pada gambar yang tertiris, iPhone 5C bakal hadir dengan pembungkusan lebih kepada kotak plastik bersesuaian dengan ciri-ciri telefon pintar tersebut yang turut hadir dengan beberapa pilihan warna yang menarik.

Gambar latar ( wallpaper ) iPhone 5C ini juga turut kelihatan selari dengan warna kerangka binaan luarannya dan ia sekaligus memberi petunjuk kepada kita bahawa iPhone 5C ini bakal dilengkapi dengan iOS 7.

Apple iPhone 5C ini juga mungkin bakal menyertakan beberapa helai manual dan alat untuk mengeluarkan SIM card bersama-sama dengan bungkusan tersebut.





Berdasarkan sumber, Apple iPhone 5C ini mempunyai kemungkinan untuk dilancarkan bersama-sama dengan Apple iPhone 5S yang tergolong dalam telefon pintar berkelas tinggi pada acara khas Apple kelak ( 10 September 2013 ).Jadi, sama-samalah kita nantikan pelancarannya.



SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : 9to5mac.com
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia