Isnin, 2 September 2013

Gambar Samsung Galaxy Note 12.2 Tertiris Ke Arena Web

Berdasarkan sumber, gambar tablet bersaiz 12.2 inci yang tertiris ke arena web kali ini dipercayai akan mengambil nama Galaxy Note 12.2 SM-P900.Tablet baru ini diura-urakan membawa sokongan paparan skrin beresolusi tinggi iaitu WQXGA 2560x1600  pixel dan diperkasakan dengan cip pemprosesan Exynos 8 Octa.



Berdasarkan gambar yang tertiris, tablet ini juga disertakan bersama-sama dengan butang fizikal yang diletakkan secara mendatar dan mempunyai dua butang sesentuh kapasitif ( menu dan back key).Tablet ini juga mungkin akan disertakan bersama-sama dengan fungsi S-Pen bersesuaian dengan namanya , Galaxy Note 12.2 SM-P900.Jika dilihat dari segi binaan tepi, tablet ini juga mempunyai iras-iras wajah Sony Xperia Tablet Z.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai ura-ura ini?Walau bagaimanapun, perkara ini hanyalah sekadar spekulasi awal sahaja dan marilah kita nantikan pengumuman rasmi oleh pihak Samsung.

SUMBER RUJUKAN : Sammobile.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan