Selasa, 10 September 2013

Hab MyAndroid Pertama oleh Digi


Digi merupakan antara pihak terawal memperkenalkan sebuah kedai fizikal berasaskan Android di Malaysia kepada umum di Sunway Pyramid.



Kedai tersebut yang dikenali sebagai " MyAndroid Hub " bakal menawarkan pelbagai peranti berasaskan android ,pelan internet termasuklah beberapa bantuan asas android khas untuk para pengguna.

Pihak Digi turut berkongsi dengan menyatakan bahawa lebih kurang 6 hab myAndroid bakal diperkenalkan sehingga suku pertama 2014 kelak.

Sebuah laman sesawang khas mengenai " MyAndroid Hub " turut diterbitkan oleh pihak Digi.

SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : Bernama.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan