Khamis, 5 September 2013

Kemaskini Android 4.3 untuk Galaxy SIII dan Galaxy S4 Akan Hadir Bulan Oktober


Pada acara IFA 2013 yang berlangsung hari ini, pihak Samsung turut berkongsi dan menyatakan bahawa 2 daripada peranti terkenal mereka akan mendapat kemaskini versi Android 4.3 Jelly Bean.Peranti tersebut ialah Galaxy SIII dan Galaxy S4.

Kedua-dua peranti tersebut akan mula mendapat kemaskini versi terbaru android dalam masa sebulan sahaja lagi iatu pada bulan Oktober.

Hal ini sekaligus membolehkan para pengguna sedia ada , menikmati tawaran pihak Samsung yang terbaru iaitu Galaxy Gear yang boleh digunakan bersama-sama dengan kemaskini terbaharu ini.

SUMBER RUJUKAN : Engadget.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan