Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label touchwiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label touchwiz. Papar semua catatan

NAIKTARAF PERANTI NINETOLOGY BLACK PEARL II KEPADA JELLY BEAN DENGAN GALAXY SIV ROM

Khamis, 30 Mei 2013

Sepertimana artikel kami sebelum ini mengenai Custom Rom Xperia Z untuk Ninetology Black Pearl II, disini kami ada lampirkan satu lagi Custom Rom untuk peranti ini. Custom Rom yang berinspirasikan Samsung Galaxy SIV ini menggunakan Samsung Touchwiz dan kebanyakan aplikasi Samsung disertakan bersama.

Berikut antara contoh gambar yang kami sertakan.










Antara spesifikasi Rom ini adalah:

  • Berasaskan Android Versi 4.1.1 Jelly Bean
  • Sangat lancar, memberikan lebih kekosongan Ram
  • Ditambah Hot Boot, Normal dan Recovery pada Power Menu.
  • Ditambah aplikasi Samsung seperti S-Note dan S-Voice
  • Tetapan seakan Galaxy SIV
  •  Pek icon Galaxy SIV
  • Ditambah aplikasi Google Now
  • Kamera di Mod untuk operasi 8MP**
**berdasarkan apa yang ditulis oleh Forum

Cara pemasangan:

Pastikan anda mempunyai CWM Recovery dipasang pada peranti anda.

Muat turun Rom ini dan Extact di PC anda. Anda akan mendapat satu file bernama 'clockworkmod Galaxy v2'
Didalamya terdapat satu lagi file dengan nama 'clockworkmod' salin file tersebut dan paste pada memori kad anda. Pastikan anda tidak meletakkannya di dalam mana2 folder. Memandangkan secara asalnya anda telah mempunyai folder bernama 'clockworkmod', namakan semula folder clockworkmod asal kepada 'clockworkmod1'.

Langkah seterusnya, Boot ke CWM Recovery dan ikuti langkah berikut:
-Wipe Cache
-Wipe Dalvik Cache
-Pergi ke bahagian Backup And Restore dan pilih Restore
-Pilih 2013-05-14.01.05.17 dan seterusnya pilih Yes.
-Tunggu proses Restore selesai dan kemudian pilih Reboot System Now.

Selesai Boot, peranti anda akan berada dalam bahasa Vietnam. Jadi anda perlu mengubahnya kepada Bahasa Malaysia secara manual.

Semoga Berjaya dan selamat Ber-Galaxy.

Update link. Download
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia