DiGi telah mengeluarkan harga tawaran bagi phablet terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 2 yang dilancarkan semalam di Zebra Square, Kuala Lumpur. Harga tawaran yang ditawarkan oleh DiGi adalah serendah RM1399 untuk komitmen kontrak selama 24 bulan dengan bulanan RM88 melalui pakej DG Smartplan 88. Jika anda memilih untuk kontrak 12 bulan pula anda membayar phablet berkenaan dengan harga RM1749.
Jika anda memilih komitmen bulanan yang lebih rendah iaitu RM 68 sebulan melalui pakej DG Smartplan 68, anda membayar phablet berkenaan dengan harga RM 1599 untuk komitmen 24 bulan dan RM 1849 untuk 12 bulan.
Anda mempunyai pilihan bulanan yang paling rendah iaitu RM 48 sebulan melalui pakej DG Smartplan 48 tetapi terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk phablet berkenaan iaitu RM 1799 untuk komitmen 24 bulan dan RM 1949 untuk komitmen 12 bulan.
Walaubagaimanapun ini adalah pratempah melalui DiGi dimana phablet berkenaan akan mula dihantar kepada pelanggan pada 19 Oktober ini. Anda boleh juga membuat pratempah secara terus di pusat DiGi berikut, Sunway, Pulau Tikus (Penang), Suntec (Penang), Taman Molek (JB), Api Api (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
Untuk maklumat lanjut sila ke laman web digi.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !