HOW TO HARD RESET NINETOLOGY BLACK PEARL 2 i9400

Isnin, 8 April 2013

Selalunya anda mesti akan mencari cara bagaimana untuk reset/set semula peranti anda apabila peranti anda dah gila atau password patern dah kena block akibat terlalu banyak memasukkan kata laluan yang tidak tepat bukan? Jadi di sini kami akan tunjukkan cara bagaimana untuk reset/set semula bagi peranti NINETOLOGY Black Pearl 2 i9400.

Nota: Set semula peranti akan memadam segala data peribadi di dalam peranti anda. Backup segala data yang penting adalah amat disarankan.


Langkah 1: Cas bateri peranti anda sehingga penuh atau sekurang-kurangnya 70% dan kemudian matikan peranti anda.

Langkah 2: Tekan butang volume+, volume- serta butang on/off secara serentak sehingga naik menu pilihan dimana anda boleh memilih untuk ke mod recovery atau mod factory. Contoh seperti gambar yang kami sertakan dibawah.






Langkah 3: Tekan volume+ dan anda akan nampak paparan Android sedang baring. Kemudian tekan softkey/butang home di bahagian tengah peranti anda. Contoh seperti dibawah.


Langkah 4: Setelah softkey/butang home ditekan, anda sekarang sepatutnya telah sampai ke mod recovery. Gunakan butang volume+ dan volume- untuk menanda dan softkey/butang options[butang di bahagian paling kiri peranti anda] untuk memilih. 



Langkah 5: Di dalam mod recovery, gunakan volume- untuk turun ke wipe data/factory reset kemudian gunakan softkey/butang options untuk memilih. Kemudian pilih yes. Setelah wipe 
data/factory reset, pilih reboot system now dan sekarang peranti anda akan restart semula. Harus diingat bahawa selepas reset/set semula peranti anda, boot pertama akan mengambil sedikit masa.

Sekarang peranti anda telah berjaya di set semula.
Share this article :

71 ulasan:

  1. Terbaik la awk...TERIMA KASIH BANYAK2......Awk tul2 da....tlg sy...Terima Kasih...Jimat duit..... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 dan trima kasih atas maklum balas.. Gembira dapat membantu..

      Padam
    2. Same je .. Mcm mana nak unlocked?

      Padam
    3. Upin ipin mana????? Hahahaha....salam kenal dari indonesia

      Padam
  2. macam mana dengan model NINETOLOGY PALETTE password patern dah kena block.... harap dapat membantu.... adakah caranya same macam NINETOLOGY BLACK PEARL 2 i9400 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedikit berbeza.. tggu post kami untuk ninetology pallete sebentar lg.. stay tuned

      Padam
    2. updated.. tengok post terbaru kami untuk model palette..

      Padam
    3. how to boot pearl mini i5350

      Padam
    4. mcm mna nk format phone ninetologyi800?

      Padam
    5. mcm mna nk format phone ninetologyi800?

      Padam
  3. owh... terima kasih yea membantu saya dalam masalah ini...

    BalasPadam
  4. saya baru beli black pearl2 ..best

    BalasPadam
  5. ninetology pearl mini pla mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pearl mini xpasti la sbb xda model ni nak cuba.. Cuba volume+ dan on/off button..

      Padam
    2. pearl mini plak amcm eh? da ada cra x..? hp aq kna block la...payah tul...

      Padam
    3. Pearl mini xpasti lak.. Xda model ni nak cuba..

      Padam
  6. gambar dlm tpon akan hilang jgak k kalo hard reset??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, semua data pengguna akan hilang..

      Padam
    2. data,gmbr,vdeo n lain x kn hilang jika u smpan dlm sdcard2.. move data sblm reset or backup..

      Padam
  7. huhu.. satu benda pun x boleh. nine i7400 paten Lock .dah try mcm yg di bagitahu recovery menu x kuar juga.. isk..isk nk kena hempuk dah tepon nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna adb ja.. Kami dah cuba nak cri untuk model 2 tapi xdapat..

      Padam
    2. Rujuk sini http://www.soaljawabandroid.my/2013/01/bagaimana-untuk-menyediakan-adb-dan.html?m=1

      Padam
    3. guna cmd kt pc...open semua lock.. u slide apa2 patern lock or nmber, smua boleh buka... TQ

      Padam
  8. terbaik,blog ni mmg bgs!!!keep up the good work XD

    BalasPadam
  9. terima kasih.... sangat2 membantu.. :)

    BalasPadam
  10. x dapat nk buat..bagaimana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti artikel diatas.. Org lain boleh buat, anda mesti boleh.. Teruskan usaha..

      Padam
  11. Bagaimana nk jawab call (pearl black II i9400) dgn menekan vol+ or vol-

    BalasPadam
  12. wah..!menjadi..thanks banyak2 :)

    BalasPadam
  13. klau dah update firmware ke version 17....hilang tak update tue bila buat reset nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xhilang.. Update 2 dibawah system.. Yg kita nak padam ni hanyalah data..

      Padam
  14. Alhamdulillah...terima kasih byk2. Saya berjaya lakukan! ^_^ M-Warranty ni perlu daftar lagi ke??

    BalasPadam
  15. kenapa saya punya fone masih lagi hang masa boot?

    BalasPadam
  16. salam. hp sy ninetology pearl mini xboleh on. dah caz betri pn langsung xde detect ape2. zer0... ape yg harus sy lakukan?

    BalasPadam
  17. Assalam.. terima kasih byk2. stlh 2hari xbleh call out n lihat mesej.. akhirnya dgn panduan diatas ianya berjaya. tqvm.

    BalasPadam
  18. Senangnya.... Kalau p kedai mau rm50... ;-)

    BalasPadam
  19. saya mau tanya. sebelum buat ni, camne nak back up data?

    BalasPadam
  20. nak tanye admin..handset ninetology black pearl 2 saya bila on..gambar nine wane merah lama keluar di skrin..mcm mane ea admin..harap dapat bantu secepat yg mungkin..

    BalasPadam
  21. Salam.. admin.. hp black pearl 2 saya jadi bootloop lepas sy flash jellybean rom. lpas tu saya masuk ke recovery mode semula..tp sama jugak bootloop..logo 9 je yg lama keluar kat skrin.. mcm mana sy nak kembalikn hp sy pada asal? boleh tlg ajar? :)

    BalasPadam
  22. salam..
    kalau na reset pasword cmne?

    BalasPadam
  23. pas tkn vol+ hanya keluar logo9 pastu hitam je xde keluar android baring tu kenapa ye?tlg2

    BalasPadam
  24. Tade ayat yes pun.pilih je factory reset dan tunggu sampai ayat sucsessfull tu kuar kat bawah.pastu pilih reboot system now,,,,siap

    BalasPadam
  25. Reset paswod korang yg terlupa = pilih wipe data/ factory reset ,,tunggu sampai sucessfull.last pilih reboot system now.


    Mungkin lain nmpk robot baring tapi wa punya lompat lompat...tak kisahlah dia wat pe tapi menu kena kuar juga.
    Klu tak kuar tekan je satu satu baton yg ade kat bdn telefon.menu tu mesti kuar

    BalasPadam
  26. Macam mana nak hard brick black pearl 2

    BalasPadam
  27. Macam mana nak hard brick black pearl 2

    BalasPadam
  28. admin lepas reboot system now phone saya akan on semula kan? tpi kenapa saya tngu lama sangat dah nak dekat 4 jam dah ni, still sama dia tnjuk jam,tarikh mcm sleep mode. emm plis bantu :(

    BalasPadam
  29. Admin lps sy buat factory reset , fon sy just kluarlogo je , how to solve this ?

    BalasPadam
  30. Hp saya anak main pattern unlock.kmudian dy mnta email. Email, saya lupe. Adakah dgn cara ini berkesan tuan

    BalasPadam
  31. Hp saya anak main pattern unlock.kmudian dy mnta email. Email, saya lupe. Adakah dgn cara ini berkesan tuan

    BalasPadam
  32. Salam buat admin..
    Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ilmu yang dikongsi..
    Says pemilik HP ninetology u9z1t dan saya telah mencuba kaedah yang telah admin share dan bantuan sahabat2 yg komen di sini,walaupun banyak Kali mencuba, Alhamdulillah saya Berjaya wipe data/factory reset Dan me reboot semula HP saya ini. Moga admin selalu dirahmati Allah.. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. saya apasal tak bolehreset pattern lock saya
    saya guna ninetology black pearl ll tak keluar2 mod

    BalasPadam
  35. Ada cara lain mau factory reset ka sis sy sdh try yg sis suru tapi x menjadi...

    BalasPadam
  36. Mantap cara ini sy orang indonesia

    BalasPadam
  37. Sape tau paswword telipon 9technolgy blh bg tau tak?

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia