Tutorial Root Samsung Galaxy Note 2. (Jelly Bean Firmware)

Khamis, 11 Oktober 2012


Samsung Galaxy Note 2 adalah telefon pintar terbaru daripada pengeluar telefon pintar ternama dunia iaitu Samsung. Ok kat sini aku nak buat tutorial cara nak root telefon ni. Sebarang pertanyaan boleh tulis kat ruang komen ok.

Cara yang aku nak tunjuk ni adalah menggunakan cara Odin Multi Downloader. So laptop or pc korang mestilah dah ada install usb driver yang betul untuk membolehkan telefon pintar anda berkomunikasi dengan laptop or pc korang. Kalau belum install boleh download installer kat sini.

Lepas selesai download dan install usb driver tu, korang kena buka usb debugging mode kat Galaxy Note 2 korang. Go to setting>developer options> lepas tu tick dekat USB debugging options.

Battery telefon korang pulak mestilah dah charge sekurang2nya 85%. Ini untuk mengelakkan battery dead masa tengah flashing nanti.

Disarankan korang buatlah backup dulu apa yang patut. Takut nanti maklumat yang penting hilang pulak.

Sebelum teruskan ke langkah selanjutnya, korang boleh recycle kertas waranty korang sebab lepas root memang dah xda waranty.. Aku jugak xakan bertanggungjawab kalau telefon korang meletup atau xboleh on atau apa2 lah lepas guna tutorial ni.. Gunakan tutorial ini dengan risiko sendiri. Pastikan korang faham sebelum root ok!

Langkah 1:Download Android 4.1.1 CWM pakej bersama root pakej. untuk Galaxy Note N7100 korang.

Langkah 2:Download Odin v1.85 untuk digunakan dalam proses flashing nanti.




Langkah 3: Matikan telefon dan boot ke Downloading Mod. Untuk masuk ke Mod Downloading, tekan dan tahan Volume Down, butang Home dan butang On/Off bersama-sama, sehingga Samsung logo atau teks merah dan kuning keluar dekat skrin.

Langkah 4: Buka Odin pada komputer korang dan sambung telefon korang ke komputer dalam Download Mod.

Langkah 5: Jika telefon korang berjaya sambung dengan Odin, salah satu ID: COM kotak akan berwarna kuning dengan nombor port COM yang sama. Proses ini memakan masa dan tidak perlu diganggu.

Langkah 7: Pilih fail untuk dipasang pada telefon korang. Klik butang PDA dan pilih fail "cwm6 root-note2.tar".

Langkah 8: Pada Odin, tandakan  Auto Reboot dan F Reset Time options.

Langkah 9: Klik butang Start di Odin. Proses rooting pun akan bermula, yang akan mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan.

Langkah 10: Selepas selesai rooting, telefon korang akan restart. Disconnect telefon korang dan siapp!.

Ok sekarang korang check tengok ada tak logo Superuser kat Note 2 korang.. Happy rooting..
Share this article :

29 ulasan:

  1. Salam2..nak berani pula nak root takut kekasih ku ini jd tak keharuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kembali.. tak perlu risau, orang lain semua root xada masalah pun. kalau xok boleh flash original rom balik..

      Padam
  2. Root untk galaxy note lame or note 1 ada x?? Tq....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok sini bro..soaljawabandroid.blogspot.com/2012/11/tutorial-root-samsung-galaxy-note-n7000.html?m=1

      Padam
  3. Salam...

    Apa kelebihan rooting nih yea...

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali.. Untuk kelebihan n kekurangan root sila tgk sini..http://soaljawabandroid.blogspot.com/2012/10/apa-itu-root.html?m=1

      Padam
  4. aku ada clon nya samsung note II ( GT-N7100 ). aku beli mmg takde ler jelly bean semua tu. yg ada cuma antutu benchmark, bila aku tekan root checker basic aku tak pasti sama ada dah root ke belum. aku nie baru nak belajar men root kan device aku... boleh ajari saya...

    BalasPadam
  5. Bro.. is file tuk note 2 clone made?

    BalasPadam
  6. bro boleh emel x file..sbb xbole nak download..huhuhu..tolong...

    BalasPadam
  7. sy trdelete google play store.. tp sy dh download blik.. tp file tu sy xley guna cz ade kt dlm download file.. cmna nk kuarkn file trsbt kt folder luar ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. delete play store? fon dah root la eh? just cut n paste ja..

      Padam
  8. Bro..klau nk root samsung s4 ade x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. S4 belum lg bro.. Model i9500 ka i9505? Octa atau snapdragon?

      Padam
  9. Salam Bro Clone note 2, tak bolih connect USB dgn laptop , bro bolih tolong ke.

    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kembali, cuba cara dari artikel kami disini http://www.soaljawabandroid.my/2013/05/tips-cara-pasang-driver-dengan-lebih.html

      Padam
  10. dah root ikut cara diatas.berjaya. terima kasih tapi lepas tu nak buat apa yer

    BalasPadam
  11. salam bro.link odin ngan android 4.1.1 dah mati.please reupload

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. saya guna Samsung note 2 made in korea by Samsung.
    problem is tak boleh guna playstore or log in gmail sebab cannot establish realible connection.saya dah try reset factory pun sama juga.tolong send saya link or cara nak solved.
    shahzuljuantie@yahoo.com

    BalasPadam
  14. hi. nak tny. lepas saya root, phone saya takde reception/no signal. apa nak buat? pls reply to me asap or email me syedmuzzamir@gmail.com thanks

    BalasPadam
  15. sy ter remove superuser sy dlm bp2 yg da di JB kan (4.1.1). so mcm mana ye.. sbb dlm root checker bgtau fon x root lg.. adoi

    BalasPadam
  16. salam..sya ade note2 clone dh tRy root tpi bila off and on blik smua xdpt line xde imei pon lari,,klau ade yg sudi tlg blh wassap 0176900310

    BalasPadam
  17. Mcm mna nk hard reset sumsung note 2 clone...mohon tunjuk ajar

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia