Skrin smartphone dengan resolusi HD penuh, 1920×1080, sama seperti resolusi LCD/LED/Plasma TV anda di rumah. Itulah yang akan menjadi trend smartphone pada 2013 tidak lama lagi. Setelah HTC memperkenalkan J Butterfly dengan skrin 1080p untuk pasaran Jepun, kini HTC memperkenalkan pula HTC Droid DNA untuk pasaran US. Untuk pasaran global pula, ada rumours mengatakan Droid DNA akan dikenali dengan nama HTC DLX atau Deluxe.
Selain skrin 1080p yang menakjubkan, Droid DNA mempunyai spesifikasi yang cukup hebat seperti 4G LTE, Quad-Core S4 Pro 1.5Ghz, 2GB RAM, 16GB memori, bateri 2020mAh, kamera belakang 8 megapiksel dengan f/2.0, kamera hadapan 2 megapiksel dan sokongan mengecas tanpa wayar Qi. Droid DNA juga menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dengan paparan HTC Sense 4+.
Kami tidak pasti jika ia didatangkan dengan 'stylus' memandangkan ia mempunyai skrin yang besar dan hampir sama seperti Galaxy Note. Skrin smartphone ini sungguh menakjubkan, merupakan skrin terbaik yang ditawarkan untuk sebuah smartphone dengan 441 ppi. Namun seperti kebanyakan smartphone lain, ia juga mempunyai kekurangaan. Dengan hanya didatangkan dengan bateri 2020mAh, tidak mungkin ia akan bertahan cukup lama memandangkan ia dikuasakan dengan quadcore processor dan resolusi skrin yang tinggi. Selain itu, memori dalaman sebanyak 16GB tanpa slot sd juga sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan specs phone ini yang boleh dikatakan terbaik dipasaran setakat ini. Apa-apa pun nantikan pengumuman HTC untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
PERBEZAAN SPECS HTC DROID DNA DAN HTC ONE X+
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !