Samsung Galaxy S4 Februari 2013??
Rabu, 21 November 2012
Percaya atau tidak, sudah 6 bulan berlalu selepas Galaxy S3 diumumkan pada bulan mei yang lalu. Samsung Galaxy S3 berjaya mencatat sejarah yang membanggakan bagi Samsung Mobile apabila berjaya menjual melebihi 30juta smartphone di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Kini ada khabar angin mengatakan Samsung akan mengumumkan flagship terbaru, Galaxy S4 pada Kongres Mobile Sedunia pada Februari 2013 yang akan berlangsung di Barcelona.
Berita ini tersebar hanya beberapakan hari selepas pelancaran Apple Iphone 5 baru-baru ini. Samsung Galaxy S4 dikhabarkan akan didatangkan dengan skrin 5'. Jika benar, ia akan menjejaskan penjualan Galaxy Note memandangkan ia mempunyai skrin yang hampir sama. Ramai juga pengguna meminta agar saiz skrin untuk Galaxy S4 dikaji semula kerana lebar skrin 5 inci terlalu besar bagi sebuah smartphone.
Bagi specs pula, ia akan dikuasakan dengan Quad Core cortex A15 cip yang yang dibangunkan sendiri oleh samsung dan diberi nama Exynos 5450. Kamera Galaxy S4 akan dilengkapi dengan 13MP. Agak terlambat bagi Samsung kerana Sony Mobile telah pun melancarkan smartphone dengan Kamera 13MP dalam model xperia mereka tahun ini. Specs yang diketahui termasuk skrin OLED, 2GB RAM dan 4G LTE.
So, adakah khabar angin ini benar ataupun sebaliknya? sama-sama kita nantikan...
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !