Titanium Backup - Fungsi & Kelebihan
Selasa, 25 Disember 2012
Bagi pengguna yang baru dalam dunia "Rooting" android sudah pasti mereka teringin mencuba sesuatu yang agak berisiko & menarik untuk device mereka. Tapi sungguhpun semangat ingin tahu mereka ade, mereka masih enggan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum melakukan ape-ape percubaan/eksperimen. Hari ini saya akan cuba bagi 1 alternative langkah berjaga-jaga yang mudah yang juga tidak memerlukan "Clock Work Mod - Recovery"(Cwm-Recovery) untuk dijalankan.
Titanium Backup
Fungsinya yang sangat berguna menjadikan ia 1 app yang "perlu ade" bagi semua pengguna root. Ianya dikenali dengan kebolehan "backup & restore" segale app yang kita ade. Bukan setakat itu, kita diberi pilihan untuk bukan sahaja backup & restore app tetapi data-nya sekali. Menarik bukan? Sekiranya kita minat bermain game, dan katekan la kite terpadam, tertekan "Start new game" yang dah jauh gile lama gile kite main, kita boleh kembalikan ia dengan cara restore "data only". Dengan syarat kita kene backup dulu laa. Tapi itu hanya contoh ringkas.
Kelebihan sebenarnya adalah bagi pengguna root yang "Tidak" mempunyai "Cwm-recovery" tetapi ingin mencuba custom rom, custom kernel ataupun sekadar ingin mencuba theme(tema) baru bagi device mereka. Sungguh pun titanium backup hanya mampu backup aplikasi sahaja dan bukan system/build sesuatu device, tetapi kita boleh kembalikan SEMUA app pada keadaan asal selepas flash kembali stock/build asal. Skali lagi, dengan syarat kene buat backup dulu laa. Jadi dengan info ini, harap semua pengguna root akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua eksperimen pada device masing-masing.
Cara-cara menggunakan Titanium Backup
- Umum, perlu ada akses root
- Perlu mengaktifkan "usb debugging" & "unknown sources"
*usb debugging - pergi ke, setting > application > development
*unknown sources - pergi ke, setting > application
- Kemudian, masuk app & apabila ditanya oleh superuser pilih "allow"
- Dan anda boleh lihat semua list app anda di tab "backup&restore"
- Di situ anda boleh pilih mana-mana app yang anda ingin backup, restore mahupun un-install.(ini untuk versi free sahaja. Versi premium ada kebolehan freeze & lain2.).
Begitulah pentingnya app ini bagi pengguna root. Harap anda semua faham dengan apa yang telah diterangkan. Harap dapat diguna pakai dalam aktiviti seharian anda bersama android anda.
-Sdojoin-
macam mana nak flash kembali stock/build asal ninetology palette?
BalasPadamKenapa sekarang dah root? Atau guna custom roms?
Padam