[Tutorial] Cara Partition Kad Sd dan Penggunaan Link2SD

Isnin, 24 Disember 2012

Link2SD adalah sebuah aplikasi android oleh Bulent Akpinar yang membolehkan anda memindahkan aplikasi dan permainan ke partition kedua kad SD anda. Mengapa kita perlu menggunakan Link2SD sedangkan Android versi Froyo dan Gingerbread boleh menggunakan Apps2sd untuk memindahkan fail ke kad SD? Aplikasi Apps2sd hanya memindahkan fail [.apk] sahaja dan meninggalkan data yang lainnya di memori dalaman. Hal ini menyebabkan memori dalaman anda menjadi terhad dan kemudian anda tidak boleh memasang sebarang fail lagi. Selain itu, widget dan sesetengah aplikasi tidak bertujuan untuk dipindahkan ke kad SD. Walau bagaimanapun, Link2SD hanya untuk pengguna gadget yang telah di Root sahaja kerana aplikasi ini memerlukan akses Root.


Dengan menggunakan Link2SD, anda boleh memindahkan bukan sahaja fail aplikasi, tetapi juga fail Dalvic Cache.

Dibawah adalah cara bagaimana untuk membuat Partition keatas sd kad anda. Sila ikut langkah dengan betul bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

-Muat turun aplikasi Mini Tool Partition Wizard Manager ke PC anda.

-Masukkan kad sd yang nak di Partition ke Card Reader.

-Backup semua data yang terdapat dalam kad sd anda kerana proses seterusnya akan memadam segala data.

-Buka Mini Tool di PC anda dan pilih kad sd yang anda masukkan tadi. Hati-hati ketika memilih kad sd dan jangan tersalah pilih.

-Right click dan pilih delete.


-Right click sekali lagi dan pilih Create New. Create [FAT32] dan segala fail media anda akan berada disini selepas ini dan pastikan anda membuatnya lebih besar dari bahagian kedua.

-Pilih [Create as:PRIMARY]


-Seterusnya pilih ext2, ext3, ext4 dan jika anda di Stock Roms sila pilih ext2. Bahagian ini adalah dimana semua aplikasi anda akan berada. Kami cadangkan 512mb atau 1gb tetapi anda boleh memilih sehingga maksimum 2gb.

-Pilih [Create as:PRIMARY]. Sila pastikan kedua-duanya di set kepada PRIMARY.


-Click butang [Apply] dan tunggu sehingga proses selesai. Tahniah. Kad sd anda telah berjaya di Partition.

-Seterusnya masukkan kad sd ke telefon anda dan onkan.

Langkah selanjutnya:

-Pergi ke Play Store dan muatturun aplikasi Link2SD.**

-Buka aplikasi Link2SD yang di muatturun tadi dan anda akan diminta untuk memilih samada ext2, ext3, ext4 atau FAT32/FAT16. Jika anda membuat Partition ext2 sila pilih ext2.**


-Anda akan mendapat mesej Mount Script Created. Reboot telefon anda sekarang.**

-Setelah Reboot, buka Link2SD dan pergi ke Setting dan periksa AutoLink[ianya akan memindahkan aplikasi secara automatik setelah aplikasi dipasang]**

-Jika anda telah mempunyai aplikasi dipasang di dalam telefon anda, pilih [move to phone] dan selepas dipindah ke telefon, pilih [create link] seterusnya pastikan anda tandakan tiga fail.**



-Untuk memeriksa memori anda, pilih [storage info].**


-Sekarang anda tidak perlu risau lagi jika telefon anda mempunyai memori dalaman yang rendah.

*Jika anda menggunakan Custom Roms dan ada memasang ClockWorkMod Recovery[CWM] anda boleh menggunakan tutorial dibawah. [P/s: anda mempunyai pilihan untuk menggunakan cara ini atau cara diatas kerana kedua-dua cara boleh digunakan. Ikut keselesaan anda]

-Seperti diatas, anda perlu backup segala data di dalam kad sd anda kerana proses ini akan memadam segala data.

-Matikan telefon anda dan masuk ke Mod Recovery.

-Pergi ke Advanced dan pilih Partition sd card.

-Pilih saiz yang anda ingin partition.

-Pilih [0 swap]

-Tunggu hingga proses selesai dan reboot system.

-Seterusnya ikuti langkah yang bertanda ** diatas.

-Selesai.







Share this article :

10 ulasan:

  1. kena bljar cra nk partition sd card ni =)

    BalasPadam
  2. I done all the step. i click on move to sd then its come out pkg:/data/app/cpm.game.jewelsstar-1.apk failure

    BalasPadam
    Balasan
    1. open link2sd > apps > create link. not move to sd. :-p

      Padam
  3. Game saya download kat market akan hlang kerrr!!!

    BalasPadam
  4. takut nak buat partition psl saya baca comment org2 yang telah buat sblm ni dalam tutorial di blog lain, hampir 80% yang telah mencuba mengalami kerosakan pada sd card mereka..ada jaminan ke cara ni tidak merosakkan telefon atau sd card tersebut?

    BalasPadam
  5. saya tak paham la yg create FAT32 pas tu kena create ext2, 3, 4 tu cm mana eh..FAT32 mesti kena buat ke pas tu tekan ok. then yg ext2, 3, 4 tu cm mana lak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fat32 2 memang kna bt la.. Bahagian 2 la nanti media content kita nak dok.. Yg ext 2 bt lpas bt fat32..

      Padam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia