Adakah anda seorang yang sangat mudah bosan dengan sesuatu perkara? Dan salah satu perkara yang anda bosankan itu adalah boot animations di dalam peranti Android kesayangan anda? Maka artikel ini pastinya sangat sesuai dengan anda. Teruskan membaca sampai habis ok.
Stock Boot Animations selalunya tersangatlah boring dan biasa. Ianya tidak sesuai dengan peranti kesayangan anda yang sangat owesome.
Keperluan untuk menukar Boot Animations adalah:
-Peranti yang telah di Root
-Anda tahu dimana lokasi letaknya bootanimation.zip di dalam peranti anda. Selalunya lokasi letaknya bootanimation.zip adalah berbeza mengikut peranti.
- /data/local
- /system/customize/resource
- /system/media [kebiasaannya akan berada disini]
-Salin stock bootanimation.zip anda dan simpan di dalam kad sd anda.
-Sekarang anda hanya perlu tahu resolusi peranti anda dan gunakan khidmat Google untuk mencari custom bootanimation yang lebih gempak untuk peranti anda. Contohnya jika anda menggunakan Samsung Galaxy SII, anda hanya perlu menaip "480x800 boot animation" dan pilih sahaja yang mana berkenan dihati anda.
-Jika anda tidak tahu apakah resolusi bagi peranti anda, sila ke gsmarena.com dan Search model peranti anda disana. Kemudian lihat di bahagian Display>Saiz.
-Muat turun boot animations yang anda berkenan. Kemudian pergi ke lokasi stock bootanimation.zip di dalam peranti anda dan padamkannya[pastikan anda backup terlebih dahulu]. Namakan fail yang anda muat turun tersebut kepada bootanimation.zip atau nama yang sama dengan fail bootanimation dalam peranti anda contohnya sanim.zip atau sebagainya. Letakkan fail yang anda muat turun tadi disana bagi menggantikan stock bootanimation peranti anda.
-Reboot/Restart peranti anda dan lihat bootanimation baru anda yang lebih gempak daripada biasa.
Atau jika anda muat turun CWM flashable zip, anda hanya perlu flashing guna CWM Recovery sahaja.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !