Samsung baru saja mengumumkan pemproses terbaru dalam keluarga pemprosesan mereka apabila mengumumkan Exynos5, pemproses dengan 8 teras (octacore) pada CES 2013 lalu.
Pemproses terbaru mereka ini dikatakan terdiri dari satu unit pemproses utama yang terkandung dua unit pemproses empat teras di dalamnya. Satu unit pemproses adalah berasas ARM Cortex-A15 yang berkelajuan 1.8Ghz manakala satu lagi adalah berasas ARM Cortex-A7 yang berkelajuan 1.2Ghz.
Pemproses ini dibina dengan teknologi 28nm yang menurut Samsung akan cuba diperbaiki sehingga ke teknologi 10nm dari masa ke semasa untuk memberikan penjimatan bateri yang lebih maksimum. Antara kelebihan pemproses terbaru mereka ini ialah penjimatan penggunaan bateri sehingga 70% dari Exynos 4 sekarang yang digunakan pada telefon-telefon tanda aras atas mereka seperti Samsung Galaxy S3 dan Note 2.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !