Perkara Asas Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengguna Peranti Android
Menetapkan Akaun Google
Akaun Google dan peranti Android adalah perkara yang perlu berjalan seiringan. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi kita untuk menetapkan akaun Google di dalam peranti kesayangan kita. Akaun Google diperlukan bagi mengakses Google Play Store untuk kita memuat turun aplikasi serta permainan di dalamnya. Jika anda masih tertanya-tanya tentang bagaimana untuk menetapkan akaun Google di peranti anda, sila rujuk video yang kami lampirkan bersama di bawah.
Sync Kenalan/Contacts Anda
Jika anda baru pertama kali menggunakan peranti Android, tentunya kenalan/contacts anda belum disegerakkan/syncing dengan akaun Google bukan? Ini adalah perkara terpenting dan paling utama bagi setiap pengguna peranti Android. Ianya penting kerana segala data kenalan anda akan disimpan di pengkalan data Google dan boleh diakses oleh anda pada bila-bila masa. Bagi untuk menyegerakkan/syncing segala data kenalan anda dengan akaun Google, pertama sekali anda perlu menyalin semua kenalan anda dari kad sim atau kad memori kedalam peranti Android anda. Tekan menu>import/eksport dan pilih import. Sekarang semua kenalan anda dari kad sim atau kad memori telah di salin ke peranti anda. Segala data kenalan anda akan disegerakkan secara automatik ke akaun Google anda sebaik sahaja dipindahkan ke memori dalaman. Tetapi harus diingat bahawa anda haruslah menetapkan akaun Google di peranti anda terlebih dahulu.
Dayakan Penyahpepijat USB/Enable USB Debugging
Setiap manusia tidak mahukan sesuatu yang buruk berlaku kepada barangan kesayangan mereka. Oleh hal yang demikian, kita haruslah berjaga-jaga dimana setiap peranti mempunyai kebarangkalian untuk rosak. Dalam hal ini kami memfokuskan kepada kerosakan perisian/Software dimana telefon gagal dihidupkan atau hanya tersangkut pada boot animation. Peluang bagi anda yang telah menandakan/dayakan penyahpepijatan usb untuk memulihkan peranti anda dengan sendiri adalah cerah dimana komputer atau pc anda hanya akan boleh mengesan peranti anda jika pilihan ini ditandakan. Bagi pengguna Android versi 3.X ke bawah, anda boleh menandakan penyahpepijat usb di Tetapan>Aplikasi>Pembangunan>Penyahpepijat USB manakala jika anda pengguna versi Android 4.X ke atas, anda boleh menandakannya di Tetapan>Pilihan Pemaju>Penyahpepijat USB.
Memasang Aplikasi Anti Virus dan Anti Kecurian
Sepertimana yang saya nyatakan di atas, malang tidak berbau dan mencegah adalah lebih baik dari mengubati bukan? Dalam konteks ini, saya menyarankan bahawa setiap peranti dipasang dengan Avast! Mobile Security yang bertindak bukan sahaja sebagai Anti Virus malahan bertindak juga sebagai Anti Kecurian. Aplikasi percuma dari Google Play Store ini sangat berguna dimasa kecemasan dimana aplikasi ini boleh membunyikan Siren apabila diperlukan walaupun peranti anda dalam mod Senyap. Anda juga mempunyai pilihan untuk menjejak kedudukan peranti pintar anda dan anda mampu untuk memadam segala data di dalam peranti anda melalui web. [peranti anda mestilah mempunyai pelan data internet yang aktif]
Avast! Anti Theft menjejak kedudukan peranti dalam talian
**Adakah kami terlepas pandang sesuatu? Beritahu kami di bahagian komen di bawah.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !