HOW TO HARD RESET TSM T8

Khamis, 9 Mei 2013


Selalunya anda mesti akan mencari cara bagaimana untuk reset/set semula peranti anda apabila peranti anda dah gila atau password pattern dah kena block akibat terlalu banyak memasukkan kata laluan yang tidak tepat bukan? Jadi di sini Kami akan tunjukkan cara bagaimana untuk reset/set semula bagi peranti TSM T8.

Nota: Set semula peranti akan memadam segala data peribadi di dalam peranti anda, Backup segala data yang penting adalah amat disarankan.

Langkah 1: Cas bateri peranti anda sehingga penuh atau sekurang-kurangnya 70% dan kemudian matikan peranti anda.

Langkah 2: Dengan kabel pengecas masih bersambung dengan peranti, tekan butang volume+ dan butang on/off secara serentak sehingga naik logo tanda amaran.. Contoh seperti gambar yang kami sertakan dibawah.  




Langkah 3: Tekan butang Home dan anda akan sampai ke Mod Recovery seperti dibawah.



Langkah 4: Gunakan Volume+ dan Volume- untuk navigasi ke atas dan kebawah manakala gunakan butang Options[butang paling kiri peranti anda] untuk memilih. Pilih wipe data/factory reset dan kemudian pilih yes. Setelah selesai, tekan reboot system now dan sekarang peranti anda telah berjaya di set semula.


Share this article :

16 ulasan:

  1. Terima Kasih... Info yg terang dan jelas. sangat berguna. Hari ni saya dah cuba.. Berjaya... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 dan trima kasih atas maklum balas yg positif.. :)
      Gembira dpat membantu..

      Padam
  2. salam...bole terangkan mcmna nak selesaikan masalah simkad tak dapat detect pada xperia play.tkasih.

    BalasPadam
  3. tumpang tanya,adakah mesti kena cas sampai penuh, kalau tak penuh boleh tak, e.g: 90%

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ja.. Ni syarat ja.. Sbb kalau bateri low sgt, takut terpadam masa proses reset.. Risiko peranti akan mati jika terputus kuasa ketika proses reset.

      Padam
  4. kalau untuk TSM T8i? sama jgak ke??? kaedah dy?? macamna nak backup segala data yang penting?

    BalasPadam
  5. Untuk t8i sedikit berbeza.. Cari dalam blog ni, tsm t8i pun ada kami post..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. rujuk sini http://www.soaljawabandroid.my/2013/08/how-to-hard-reset-tsm-t8i.html

      Padam
  7. saya dah cuba seperti disarankan utk TSM T3 tapi tak berjaya, saya dah lupa username dan password untuk buka telefon saya kerana silap masukan patern..bagaimana saya harus buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lagi.. Mesti boleh sebab kami dah cuba sebelum post..

      Padam
  8. saya dah cuba 10 kali , tapi tak berjaya. telefon terus power on ,macam saya tak tekan butang volume+ ...>_<...

    BalasPadam
  9. saya dah cuba tapi x boleh dia terus on ke lockscreen

    BalasPadam
  10. sangat membantu sucses trima kaseh banya2

    BalasPadam
  11. saya sangat berterima kasih .ia sangat membantu ..

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia