Nota: Root peranti dikira sebagai melakukan modifikasi terhadap perisian/software dan boleh menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengeluar dikira batal. Segala risiko melakukan proses Root adalah tanggungan anda sendiri.
Anda dah baca nota diatas? Masih nak teruskan? Jadi mari kita mulakan.
Apa yang anda perlukan adalah, gunakan Tool SRSRoot. Rujuk artikel kami disini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai Root? Langkah seterusnya ialah memasang CWM Recovery pada peranti kesayangan anda. Caranya lebih kurang sama dengan dengan Ninetology Black Pearl II iaitu menggunakan MobileUncle Tools.
Langkah 1: Muat turun aplikasi Mobileuncle Tools secara percuma di Gedung Play.
Muat turun Recovery Image untuk Ninetology Stealth II dan CWM Recovery untuk Ninetology
Stealth II seterusnya unzipkan kedua-dua fail tersebut.
Langkah 2: Buka aplikasi Mobileuncle Tools yang anda muat turun sebentar tadi dan Grant akses root pada aplikasi ini. Seterusnya pilih Recovery Update dan cari recovery.img yang anda muat turun sebentar tadi. Pastikan anda memasang Stock Recovery image dahulu sebelum memasang CWM Recovery.
Artikel asal ditulis oleh Kang_Albarrak dari Group Ninetology User Malaysia.
http://gnum-x.com/forum/index.php?topic=35.0---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok sekarang tiba masanya untuk pasang Custom Rom JMP Jelly Bean V4.1.2 untuk Ninetology Stealth II.
Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah muatturun Custom Rom terlebih dahulu.
-Pautan muat turun 1 disini
-Pautan muat turun 2 disini
-Pautan muat turun 3 disini
Muat turun salah satu dari tiga pautan yang diberikan diatas dan seterusnya letakkan fail yang di muat turun tadi di dalam memori dalaman atau luaran peranti anda.
Cara untuk memasang Custom Rom:
-Boot masuk ke Mod Recovery.
-Wipe Data/Factory Reset dan Wipe Cache Partition
-Dari Advanced Menu, padamkan Dalvik Cache dan Battery Stats
-Pergi ke Mount And Storage dan pilih Format System
-Seterusnya pergi ke Install From SD dan pilih fail yang telah kita letak di dalam peranti sebentar tadi.
-Pilih Yes
-Pilih Reboot System Now dan sekarang peranti anda telah dikemaskini ke Android Versi 4.1.2 Jelly Bean.
Semoga berjaya.
Artikel asal ditulis oleh Kang_Albarrak dari Group Ninetology User Malaysia.
Special Credit:
Jigar@XDA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Betulkan kami jika ada info yang salah. Kami hanya menyebarkan maklumat. Segala ucapan terima kasih haruslah diberikan kepada rakan-rakan di atas.
kt mana nk download rom utk stealth1 @ i7250? kalau ada link tolong bagi...
BalasPadamKnapa sy xblh instal stock recovery image?
BalasPadamsama la...
Padamsy pkai i9500 cam ner nk upgrade k jely bean? blurrrr
BalasPadammacam mana cara nak unzip fail??? saya budak baru belajar
BalasPadamboleh hntr langkah2 nk root ninetology stealth 2 melalui gmbr tk sy tk fham
BalasPadamJOOS BOS CASTEMRUMYA
BalasPadam