HOW TO HARD RESET TSM T1

Rabu, 3 Julai 2013

Selalunya anda mesti akan mencari cara bagaimana untuk reset/set semula peranti anda apabila peranti anda dah gila atau password patern dah kena block akibat terlalu banyak memasukkan kata laluan yang tidak tepat bukan? Jadi di sini kami akan tunjukkan cara bagaimana untuk reset/set semula bagi peranti TSM T1.

Nota: Set semula peranti akan memadam segala data peribadi di dalam peranti anda. Backup segala data yang penting adalah amat disarankan.


Langkah 1: Cas bateri peranti anda sehingga penuh atau sekurang-kurangnya 70% dan kemudian matikan peranti anda.

Langkah 2: Tekan butang volume- serta butang on/off secara serentak sehingga logo Android TSM. Contoh seperti gambar yang kami sertakan dibawah.




Kemudian anda akan nampak lambang telefon dengan tanda seru. Contoh seperti dibawah.



Langkah 3: Tekan butang volume+ dan anda sekarang sepatutnya telah sampai ke mod recovery. Gunakan butang volume- untuk menanda dan butang power/on-off untuk memilih. 



Langkah 5: Di dalam mod recovery, gunakan volume- untuk turun ke wipe data/factory reset kemudian gunakan butang power/on-off untuk memilih. Kemudian pilih yes. Setelah wipe 
data/factory reset, pilih reboot system now dan sekarang peranti anda akan restart semula. Harus diingat bahawa selepas reset/set semula peranti anda, boot pertama akan mengambil sedikit masa.

Sekarang peranti anda telah berjaya di set semula.
Share this article :

0 ulasan:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia