Adakah ini Peranti Nexus 5 Terbaru?

Rabu, 4 September 2013

Dalam kesibukan pihak KitKat, sebuah jenama di bawah Syarikat terkenal, Nestle mempromosi versi terbaru Android yang baru diperkenalkan pihak Google, sebuah video khas turut di muat naik Google yang memperlihatkan proses pemasangan patung Android KitKat di hadapan pejabat mereka.


Apa yang menariknya dalam video ini ialah, ia lebih memfokuskan kepada seseorang yang sedang sibuk merakamkan gambar dengan sebuah peranti yang mempunyai jenama NEXUS di belakangnya.Peranti tersebut membawakan tulisan mendatar , " NEXUS "  ;sama seperti Nexus 7 terbaru selain turut menampakkan logo LG bersama-sama dengannya.Saiznya kelihatan lebih kecil berbanding Nexus 7 terbaru ( 7 inci ) dan kelihatan seakan-akan pihak Google ingin turut sama memperkenalkan sebuah telefon bersaiz phablet kepada umum.


Mungkin pihak Google ingin memberi sedikit petunjuk awal mengenai peranti terbaru yang akan dikeluarkan oleh pihak mereka kepada umum.Jadi, sama-sama kita tunggu kehadiran sebuah lagi peranti dibawah keluarga " NEXUS " yang bakal diumumkan.

SUMBER RUJUKAN : Droid-life.com



Share this article :

0 ulasan:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia