Melalui pengenalan teknologi terbaru ini, ia membawakan sebuah titik tolak baharu dalam penyokongan masa pengecasan telefon pintar yang singkat sekiranya dihubungkan ke komputer riba mahupun desktop.
Teknologi ini membolehkan pengecasan phablet tersebut sehingga 900 mA lebih tinggi berbanding 500 mA pada mikro-USB 2.0 terdahulu.
Selain itu,dengan ada teknologi baharu ini juga, kadar masa yang diambil untuk pemindahan data dari komputer yang menyokong fungsi USB 3.0 turut disingkatkan.Pengguna juga diingatkn bahawa,pengecasan menggunakan arus elektrik AC tidak akan memberikan sebarang perubahan kepada kadar arus yang mengalir walaupun kabel mikro-USB 3.0 digunakan.
Pengguna sedia ada juga tidak perlu risau kerana phablet terbaru Samsung,Galaxy Note 3 ini turut menyokong kabel mikro-USB 2.0 yang lama,cuma sedikit penambahan dilakukan padanya dan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu ini.
SUMBER RUJUKAN : Amanz.my
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !