Gambar Nexus 5 yang tertiris ke arena laman sesawang kali ini agak banyak dan rupa bentuknya mirip seperti dalam iklan video promosi Android 4.4 Kit Kat.Peranti terbaru ini juga, ada sedikit menyerupai Nexus 4 yang terdahulu.
Gambar kali ini yang tertiris jelas menampakkan modelnya iaitu LG D820.Menariknya,gambar ini adalah sumber dari pendaftarannya yang terbaru di FCC sebelum ia dilancarkan.Sebarang spekulasi mengenai gambar kali ini yang dianggap prototaip dari pihak LG juga, tidak dapat dinafikan.

Walaubagaimanapun,semua berita ini hanya di peringkat ura-ura.Namun,ia tidak menjadi sebuah perkara yang mustahil untuk berlaku.Jadi,apa kata anda mengenai perkara ini?Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.
SUMBER RUJUKAN 1 : Androidpolice.com
SUMBER RUJUKAN 2 : Droid-life.com
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !