Berdasarkan sumber, gambar tablet bersaiz 12.2 inci yang tertiris ke arena web kali ini dipercayai akan mengambil nama Galaxy Note 12.2 SM-P900.Tablet baru ini diura-urakan membawa sokongan paparan skrin beresolusi tinggi iaitu WQXGA 2560x1600 pixel dan diperkasakan dengan cip pemprosesan Exynos 8 Octa.
Berdasarkan gambar yang tertiris, tablet ini juga disertakan bersama-sama dengan butang fizikal yang diletakkan secara mendatar dan mempunyai dua butang sesentuh kapasitif ( menu dan back key).Tablet ini juga mungkin akan disertakan bersama-sama dengan fungsi S-Pen bersesuaian dengan namanya , Galaxy Note 12.2 SM-P900.Jika dilihat dari segi binaan tepi, tablet ini juga mempunyai iras-iras wajah Sony Xperia Tablet Z.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai ura-ura ini?Walau bagaimanapun, perkara ini hanyalah sekadar spekulasi awal sahaja dan marilah kita nantikan pengumuman rasmi oleh pihak Samsung.
SUMBER RUJUKAN : Sammobile.com
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !