Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pihak Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy Note 3 kepada umum sekaligus merancakkan lagi pasaran telefon pintar bersaiz phablet.Kini, laman sesawang techkiddy mula memaparkan beberapa keping gambar yang diura-urakan sebagai Galaxy Note 3.Sekali imbas, rupanya ada mempunyai iras-iras telefon Samsung Galaxy S2.Ia lebih kepada bentuk segi empat dan amat berbeza daripada peranti keluarga Galaxy Note 2 sebelum ini.
Spesifikasi ringkas ( ura-ura ) : Mempunyai dua variasi berbeza
- Pilihan Skrin bersaiz 5.68 inci Full HD Super Amoled / Full HD LCD
- Pilihan Cip pemprosesan Snapdragon 800 / Exynos 5420
- Pilihan Kamera 13.0 megapixel, sokongan rakaman video 4K ( Super Amoled ) / 8.0 megapixel ( LCD )
- 3 GB ram
- Memori dalaman 32 GB / 64 GB
- Pemain muzik kualiti HiFi 24bit / 192 kHz
- Masa bertahan bateri 3300 - 3420 mAh
- Sistem Operasi Android 4.3 Jelly Bean
SUMBER RUJUKAN 2 : Techkiddy.blogspot.in
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !