Pihak Nokia yang terkenal dengan peranti berasaskan Symbian pada suatu masa dahulu terus kembali teguh dalam pasaran pembuatan telefon dengan sistem operasi Windows Phone.Kini, Nokia kelihatan bakal bergerak selangkah ke hadapan lagi apabila ura-ura terbaru mengatakan pihak mereka ingin memperkenalkan sebuah peranti berasaskan sistem operasi terbuka dan terkenal ,Android.
Dahulunya,pihak Soal Jawab Android ( SJAM ) pernah berkongsi mengenai satu artikel mengenai ura-ura yang sama dengan pengenalan peranti NewKia,dan yang terbaru ia turut diberi penjenamaan semula dengan nama Normandy.Lebih menarik lagi apabila,pihak Nokia turut dikhabarkan melancarkan peranti Normandy ini dalam bulan ini.
Antara perkara menarik yang bakal Nokia bawakan dengan peranti Android pertama syarikat mereka ialah :
~Hadir dalam masa terdekat (bulan ini) dalam acara Mobile World Congress 2014
~Hadir dengan aplikasi playstore android tersendiri yang berasaskan Nokia
~Lebih menjurus ke arah mempromosikan perkhidmatan dan produk keluaran Nokia dan Microsoft
~Membolehkan pihak Nokia memperkenalkan peranti pada harga yang jauh lebih berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.
~Sistem operasi Android 4.4.1 Kitkat dengan antaramuka menjurus kepada peranti Amazon Kindle Fire
~Kamera beresolusi 5.0 megapixel
~Rekaan bentuk luar peranti yang sejajar dengan peranti dari keluarga Nokia Asha
Spesifikasi yang diura-urakan :
Spesifikasi yang diura-urakan :
- Skrin bersaiz 4.0 inci FWVGA display, 480×854 pixels
- Cip pemprosesan Qualcomm dual-core 1GHz Snapdragon
- RAM sebesar, 512MB
- Storan dalaman 4GB dengan sokongan slot untuk microSD
- Kapasiti bateri sebesar 1,500mAh
- Sokongan dual-SIM
Walau apapun,sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.Hal ini sekaligus merancakkan lagi persaingan peranti telefon pintar berasaskan Android sekaligus mencipta ruang dan peluang yang luas kepada pengguna seperti kita untuk membuat pilihan.
Sumber video : T3.com
SUMBER RUJUKAN : WSJ
Ad kedai hebat.. jual jam pintar.. tgok sini
BalasPadamAd kedai hebat.. jual jam pintar.. tgok sini
BalasPadam