Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label mods. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mods. Papar semua catatan

APLIKASI KAMERA HONAMI UNTUK XPERIA Z, ZL DAN TABLET Z

Rabu, 3 Julai 2013

Sepertimana kita semua ketahui, Platfom sistem operasi Android adalah sangat terbuka dan adakalanya kita sendiri tidak dapat menjangkakan apa yang peranti kita mampu lakukan pada masa akan datang. Baru-baru ini, Sony dikatakan bakal melancarkan peranti dengan nama Honami dan firmware bagi peranti tersebut telah terbocor di Internet.

Seorang pembangun dari Xda Developers forum Krabappel2548 telah mengubahsuai aplikasi kamera dari peranti Honami ke peranti Xperia Z, Xperia ZL dan Xperia Tablet Z.

Screenshots

Fungsi Kamera:


Timeshift:


Art Filters:


AR Effects:


Fungsi Lain:




Keperluan bagi anda yang ingin mendapatkan Mod Kamera ini pada peranti anda ialah:

-Anda mestilah didalam Firmware asal 4.2.2
-Firmware yang telah di deodexed.

Cara pemasangan:

-Buat Backup terlebih dahulu.
-Muat turun Zip Fail ini dan Flash menggunakan CWM Recovery.
-Clear Cache dan Dalvic Cache.
-Di dalam tetapan, padam semua data pada semua aplikasi kamera.

Jika anda berminat untuk membaca di Thread asal, ikuti pautan yang kami sediakan dibawah.

http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2346319


TUTORIAL PASANG CWM RECOVERY DAN PASANG CUSTOM ROMS UNTUK NINETOLOGY BLACK PEARL II

Isnin, 27 Mei 2013

Tutorial bagaimana untuk memasang CWM Recovery pada Ninetology Black Pearl II. Jika anda masih tiada idea tentang apakah itu CWM Recovery, sila rujuk post kami disiniSetelah mendapatkan akses Root pada peranti anda, kini tiba masanya untuk kita memasang Custom Recovery pula. Tujuan pemasangan Custom Recovery ini ialah untuk membolehkan kita untuk melakukan lebih pengubahsuaian pada peranti kita.

Langkah 1: Muat turun aplikasi Mobileuncle Tools secara percuma di Gedung Play.
                 Muat turun Recovery Image untuk Ninetology Black Pearl II dan unzipkannya.
                 [UPDATE] Link baru untuk Recovery Image.

Langkah 2: Buka aplikasi Mobileuncle Tools yang anda muat turun sebentar tadi dan Grant akses root pada aplikasi ini. Seterusnya pilih Recovery Update dan cari recovery.img yang anda muat turun sebentar tadi.


 Tekan ok dan seterusnya tekan ok untuk reboot ke Recovery Mode bagi memastikan CWM Recovery anda berfungsi dengan baik. Jika CWM Recovery anda berfungsi dengan baik, anda disarankan terus ke bahagian backup dan backup keseluruhan Stock Rom anda untuk kegunaan masa hadapan.

Artikel asal ditulis oleh Mohamad Hafiz dari Group Ninetology User Malaysia.
Gambar oleh prasad12ka4 dari forum.xda-developers.com.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah siap Root dan pasang CWM Recovery? Jom kita ubah Ninetology Black Pearl anda menjadi peranti Sony dengan android Versi 4.1.1 Jelly Bean.





Muat turun zip file Custom Rom Xperia Z untuk Black Pearl II dan kemudian masukkan kedalam memori dalaman peranti anda.

Rom yang stabil dan dah dicuba oleh kami. Antara kelebihan Rom ini adalah:

-> Added auto zipalign 
-> Add optimization sqlite3 
-> hosts file patched against advertising 
-> optimized for GPS fix as swiftly 
-> Sending MMS 1MB 
-> Adding management in autostarts settings 
-> Added support for init d. 
-> Date Format added extended?? 
-> reboot recovery menu!!! 
-> Scrolling optimized 
-> corresponding full screen photo. 
-> Menu modified with link to extinguish the recent app screen + scroll 
-> Control more accurate sound level via the volume buttons - 
-> Dolby Mobile Engine 
-> New Lib Sound 
-> New equalizer 
-> Sony Walkman 
-> Sony CLEARAUDIO
-> Sony ClearBass 
-> Sony xLOUD 
-> TrackID

Cara pemasangan:

Muat turun Fail diatas dan boot masuk ke Mod Recovery.

Clear Cache dan Dalvik Cache.

Pilih Install Update From SDcard dan cari fail yang anda muat turun sebenta tadi.

Pilih Yes dan tunggu proses pemasangan hingga selesai.

Akhir Sekali, pilih Reboot System Now.

Siap dan selamat ber-xperia.

Artikel asal ditulis oleh Faizal Aziz dari Group Ninetology User Malaysia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah siap pasang Xperia Z Rom untuk Black Pearl anda? Ini ada bonus untuk anda, Xperia Z lockscreen untuk Black Pearl II.



Semoga Berjaya.




[MOD] XPERIA Z LOCKSCREEN UNTUK NINETOLOGY BLACK PEARL II

Ahad, 26 Mei 2013



Selepas Root, pasang CWM Recovery dan Install Xperia Rom final Jelly Bean 4.1.2 ke dalam peranti Ninetology Black Pearl II sebentar td, kami cuba untuk pasang Mod Xperia Z Lockscreen keatas peranti ini dan setelah 2 kali percubaan, akhirnya berjaya juga.





Muat turun zip file disini dan pasang dengan menggunakan CWM Recovery.


Dapatkan Sokongan init.d Ke Dalam Mana-mana Peranti Yang Telah Di Root

Sabtu, 19 Januari 2013

Init.d memainkan peranan penting dalam dunia pengubahsuaian dan pembangunan bagi meningkatkan prestasi Android. Ianya membolehkan pengguna untuk memasang Script dan Mods bagi dijalankan sebaik peranti dihidupkan. Init.d juga merangkumi Tweak bateri sehinggalah ke Tweak prestasi. Segala kemungkinan bagi pengguna melakukan pengubahsuaian terhadap prestasi peranti mereka hanya bermula apabila terdapatnya sokongan init.d dimana kebiasaanya hanya terdapat di dalam kernel yang telah di ubahsuai.

Mods ini memerlukan peranti yang telah di Root. Anda di nasihatkan untuk memahami apa yang anda ingin lakukan terhadap peranti kesayangan anda. Sebarang kerosakan yang berlaku akibat daripada penyalahgunaan tutorial ini adalah tanggungan sendiri.


Memerlukan ]

 
   1. Peranti stock yang telah di-Root
   2. Windows PC/Laptop yang telah di-install driver adb


Cara2 untuk mengaktifkan init.d ]

  1. Download Pakej Ini
  2. Extract pakej tersebut
  3. Aktifkan "Usb debugging" & "Unknown sources" pada peranti anda
  4. Sambungkan pada PC/Laptop
  5. Tekan "runme.bat"
  6. Ikut arahan pada skrin
  

Untuk mengetahui sama ada ia berjaya atau tidak pergi ke "/data/local/tmp/init.d_log_test.txt". Jika kurang pasti ianya berjaya atau tidak Delete file tersebut & cuba lihat file tadi di lokasi yg sama SELEPAS reboot. Jika file init.d_log_test.txt memang tiada selepas prosess di atas, bermakna ianya tidak berjaya.

Disini kami sertakan beberapa init.d tweak yang anda boleh gunakan tanpa sebarang masalah. Download, extract & letakkan didalam folder "/etc/init.d/". [ DOWNLOAD ]


"Selamat mencuba & semoga berjaya"


AMARAN: LAKUKKAN ATAS RISIKO SENDIRI. JANGAN CUBA TAMBAH TWEAK SEBARANGAN KE DALAM FOLDER INIT.D TANPA MENGETAHUI APA-APA TENTANGNYA. TETAPI JIKA ANDA BERKERAS, PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI/MEMBUAT BACKUP TERLEBIH DAHULU. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU APA-APA PADA PERANTI ANDA.



**Nota: Original POST. Mod ini telah di cuba pada Tablat Pc Cina & ianya sangat berjaya.






[Mod] Rasai Kehebatan Muzik Dengan Beats Audio

Sabtu, 22 Disember 2012

Selalunya pemain muzik asal di dalam setiap telefon didatangkan dengan set Equalizer yang biasa dan jika dipilih bass booster di Equalizer pun belum tentu boleh memberikan kepuasan selera telinga kita. Jadi disini kami nak kongsikan sesuatu dengan anda semua iaitu Beats Audio. Beats Audio memberikan lebih kejelasan dan rasa kedalam sesebuah lagu yang kita mainkan.

Apa yang anda perlukan adalah peranti Android yang telah di Root dan dua fail untuk di muat turun dibawah.

-Beats Audio Installer
-Dsp Manager

Install Beats Audio Installer dan buka aplikasi tersebut. Selepas itu install Beats. Restart peranti anda setelah selesai..



 Kemudian install Dsp Manager dan set Equalizer anda kepada Bass Booster.



 Sekarang bezakan muzik yang dimainkan di pemain muzik anda sekarang dan sebelum ini.
**perbezaan lebih ketara dapat dilihat jika anda menggunakan headphones.
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia