Samsung secara rasmi telah mengesahkan berlaku kecurian besar-besaran yang melibatkan 1,407 unit Samsung Galaxy Note 2 dengan nilai RM3.32 Juta yang berlaku di KLIA pada 20 September lalu. Ianya dikatakan melibatkan sekumpulan pekerja syarikat penghantaran. Walaubagaimanapun 13 orang suspek telah dapat diberkas untuk tujuan penyiasatan dalam lingkungan umur 22 hingga 43 tahun yang terdiri daripada 4 wanita dan 9 lelaki.
Para suspek ditangkap di 11 kawasan MAS Kargo dan sekitar kawasan perumahan Nilai, Sepang dan Puchong serta kedai elektronik di bukit Bintang. Hasil dari tangkapan tersebut, sebanyak 71 unit telefon berkenaan telah dijumpai semula dan selebihnya masih dicari.
Berikutan itu, polis masih mencari individu berkenaan untuk penyiasatan lanjut, U. Chalan, 23, alamat terakhir No: 17, Jalan Chekor off Jalan Klang Lama; N. Selvakumar, 32 dan saudaranya J. Aravindan, 29, alamat terakhir PT10642, Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan; dan Pratib, alamat terakhir No: 7745, Taman Desa Jasmin 2, Badar Baru Nilai di Negeri Sembilan.
Samsung Malaysia berkata, mereka tidak bertanggungjawab ke atas unit-unit yang dicuri ini bagi urusan waranti. Bagi pembaca kami yang telah membeli model ini dan ingin memeriksa samada unit yang anda terima terlibat dengan kes ini, anda boleh periksa melalui pengkalan data yang kami sediakan di sini (ala.my)
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !