Google hari ini mengumumkan secara rasmi sekaligus menutup khabar angin mengenai Nexus 4 dari LG, tablet Nexus 10 dan versi dipertingkatkan memori ke 32GB Nexus 7 serta versi HSPA+ melalui laman blog rasmi mereka. Perkara ini dikatakan sepatutnya akan diumumkan pada acara yang dijadualkan semalam yang sepatutnya dilangsungkan di New York namun acara tersebut tidak dapat diadakan berikutan faktor cuaca (taufan Sandy).
Melalui blog itu juga dijelaskan versi Android 4.2 yang didatangkan bersama ketiga-tiga peranti berkenaan tetap dikenali sebagai Jelly Bean.
Nexus 4 datang dengan teknologi terbaru yang sebelum ini hanya khabar angin iaitu Wireless Charging. Pengguna hanya perlu meletakkan telefon berkenaan pada pad pengecas untuk mengecas tanpa menggunakan sambungan kabel secara langsung ke telefon berkenaan. Telefon Nexus terbaru ini menggunakan pemproses empat teras dengan skrin 4.7″ dengan ketumpatan piksel 320ppi. Google juga memperkenalkan Photo Sphere dimana dengannya anda dapat merakam gambar dengan pandangan 360 darjah menggunakan kamera telefon ini dan kongsikannya di Google Map dan medium lain.

Antara lain ciri-ciri terbaru kemaskini Jelly Bean 4.2 adalah Gesture typing dan Wireless Display. DenganWireless Display anda boleh memaparkan secara tanpa wayar kandungan video pada peranti anda, menonton YouTube dan bermainan permainan video terus ke TV anda dengan syarat HDTV anda menyokong teknologi Miracast.
Selain daripada itu, berita baik juga bagi mereka yang ingin mendapatkan Nexus 7 apabila tablet Nexus berkenaan kini mempunyai pelbagai versi iaitu tambahan versi memori dipertingkatkan ke 32GB dan juga versi data (HSPA+) yang bermaksud ianya boleh digunakan dengan kad sim anda. Sempena pengenalan ini juga, versi 32GB ini dikatakan dijual dengan harga yang sama dengan harga versi 16GB sebelum ini (USD249) manakala versi 16GB diturunkan harganya kepada USD199. Untuk versi data, ianya dijual dengan harga USD299. Namun bagi Malaysia, harga rasmi mungkin berubah bergantung kepada pengumuman dari ASUS Malaysia.
Satu lagi peranti Android yang turut diperkenalkan ialah Nexus 10 yang merupakan tablet yang mempunyai saiz skrin 10″. Ianya mempunyai dua pembesar suara kiri dan kanan bahagian hadapan. Tablet dengan resolusi 2560×1600 ini merupakan tablet pertama dengan ketumpatan piksel paling padat iaitu 330ppi. Apa yang menarik yang turut diumumkan oleh Google adalah tablet ini menyokong akaun pengguna berbilang seperti yang didengar melalui khabar angin sebelum ini. Ini bermakna ianya seakan akaun pengguna yang terdapat pada Windows komputer peribadi anda dimana setiap pengguna dapat menetapkan tetapan tema, emel, aplikasi dan sebagainya mengikut pilihan pengguna berkenaan. Untuk pengetahuan anda, tablet Nexus 10 ini adalah hasil kerjasama dengan Samsung.
Antara lain yang diperkenalkan adalah Google Play yang menyokong tambahan beberapa negara untuk akses muzik dan video, namun ianya masih tidak menyokong negara kita lagi.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !