KEMASKINI JELLY BEAN SAMSUNG GALAXY S3 KINI DI MALAYSIA.

Selasa, 30 Oktober 2012


image
Berita baik untuk pengguna Samsung Galaxy S 3 di Malaysia. Anda kini sudah boleh mengemaskini telefon anda ke versi Jelly Bean Android 4.1.
Antara beberapa peningkatan selain projek butter adalah, anda akan menerima ikon folder baru, kebolehan untuk berhenti sebentar (pause) sewaktu merakam video, Google Now dan pemain video pop up yang boleh diubah saiz. Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini ini sila baca artikel kami sebelum ini.
Untuk mengemaskini telefon anda, sila ke bahagian tetapan (setting) – about devices – software update – update. Jika ianya tidak berjaya anda boleh juga cuba menggunakan KIES.
Terdapat laporan dimana sesetengah pengguna akan mendapat notifikasi yang tertulis seperti gambar di bawah. Kami tidak mengetahui apa sebab sebenar tetapi ada yang mengandaikan mungkin kerana pelayan Samsung sangat sibuk.
image
Share this article :

0 ulasan:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia