Aksesori Baru Untuk Samsung Galaxy Note II - Smart Dock

Khamis, 1 November 2012

Samsung telah mengumumkan aksesori terbaru untuk Galaxy Note II yang di beri nama Smart Dock [Dok Pintar]. Dok Pintar ini menyambungkan Galaxy Note II dengan menggunakan port pengecas iaitu melalui lubang microUsb yang terdapat pada gadget tersebut.





Pada bahagian belakang Dok Pintar ini terdapat port HDMI [High Definition Media Interface] untuk output video HD [difinasi tinggi] penuh 1080p dari Galaxy Note II ke televisyen. Terdapat juga port 3.5 audio jack memasang fon kepala[headphones]. Port microUsb pula adalah untuk menyambungkan pegecas terus ke komputer atau dari palam pengecas biasa.


Di sisi kiri dan kanan Dok Pintar ini terdapat 3 port Usb 2.0 yang membolehkan anda menyambung sama ada papan kekunci, tetikus atau peranti storan luaran sekaligus mentranformasikan Galaxy Note II anda menjadi seperti sebuah komputer.

Harga pengenalan rasmi adalah USD 99.99. Harga di Malaysia belum dapat di pastikan lagi.

SUMBER
Share this article :

5 ulasan:

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia