Sekilas Pandang: Samsung Galaxy Note N7000 Dengan Jelly Bean Firmwares

Isnin, 5 November 2012

Dalam kesibukan Samsung mencipta pelbagai model telefon pintar yang baru, mereka tidak lupa tentang kebajikan pengguna keluaran pertama phablet dari gergasi elektronik dunia iaitu Galaxy Note dengan mengemaskini sistem operasi yang sedia ada daripada versi android 4.0.4[Ice Cream Sandwich] kepada 4.1.1[Jelly Bean]. Memandangkan ini belum di pastikan dengan rasmi oleh pihak Samsung, berkemungkinan juga mereka akan mengemaskini ke versi 4.1.2 sebelum di sebarkan ke seluruh penguna Galaxy Note.

Ini sedikit imej screen capture untuk korang.
 Dari apa yang kita dapat lihat disini, Samsung telah menyelitkan bersama pelancar Nature UI yang sama seperti digunakan pada Samsung Galaxy SIII, Note II dan SIII Mini sekaligus menambahkan lagi ahli dalam keluarga yang diinspirasikan dari alam semulajadi. 
Kalau korang nak cuba install firmwares ni kat Note korang, boleh download firmwares dia kat SINI.
Disebabkan ianya firmware belum rasmi, korang gunakan dengan risiko sendiri ok.
Share this article :

1 ulasan:

  1. salam bro, saya dah update n7000 saya semua mcm ok . cuma sya tidak boleh buat print screen guna tapak tangan lagi dan 3 jari tu. guna spen boleh.. adakah cara lain or tempat yg perlu saya set utk dptkan ituew? TQ

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia