Adakah anda selalu melayari laman sesawang menggunakan WIFI syarikat anda? Atau menggunakan mana-mana sumber WIFI terbuka dan anda tidak mahu segala kandungan laman sesawang yang anda lawati itu dari dijejaki oleh majikan atau pemilik sumber WIFI tersebut? Kini dengan peranti mudah alih anda, anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan segala jejak anda di laman sesawang iaitu dengan menggunakan Mod Incognito. Mod Incognito didatangkan kepada semua jenis peranti Android yang menggunakan versi Android 4.0 dan keatas. Contoh dibawah ialah antaramuka sesawang Google yang biasa.
Untuk ke Mod Incognito, anda hanya perlu menekan pada ikon pelayar bertindih di sebelah kiri ikon penanda buku[bookmark].
Setelah ikon pelayar bertindih ditekan, anda hanya perlu menekan ikon Incognito di bahagian kanan bersebelahan tanda (+).
Di bawah adalah hasilnya. Sekarang anda telah berada dalam Mod Incognito. Sekarang layarilah laman sesawang tanpa perlu risau. Mudah bukan?
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !