[Tutorial] Root Samsung Galaxy Tab 2 7.0
Selasa, 27 November 2012
Ini adalah tutorial bagaimana nak Root Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 dengan menggunakan Odin Multi Downloader. Tutorial ini adalah untuk peranti Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 dengan versi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich sahaja.
Apa yang anda perlu muat turun adalah:
-Clock Work Mod recovery.
-Cwm-root-gtab2.zip untuk root Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 anda. Selepas muat turun, letakkan cwm-root-gtab2.zip di kad sd anda[memori luaran]. Tak perlu letak di mana-mana folder.
-Fix-Recovery.zip dan letakkan di memori luaran.
Langkah 1:
-Matikan tablet anda dan masuk ke mod muat turun[download mode] iaitu dengan menggunakan butang kombo(Power+Vol Down) dan kemudian tekan Vol Up untuk melepasi tanda amaran.
Langkah 2:
-Mulakan Odin
-Pilih "GT-P31XX_ClockworkMod-Recovery_X.X.X.X.tar" pada kotak PDA
-Sambungkan Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 anda ke pc dengan menggunakan kable USB
-Paling penting buangkan tanda pada Reset Time dan Auto Reboot
-Tekan Start. Pastikan pada kotak ID:COM berwarna kuning. Ianya sebagai tanda Galaxy Tab anda telah dikenalpasti oleh pc anda.
-Selepas Odin menunjukkan perkataan PASS, cabutkan kable USB dan tekan butang kombo Vol Up+Power, apabila Samsung Galaxy Tab muncul di skrin anda, lepaskan butang Power tetapi masih lg menekan butang Vol Up. Anda akan masuk ke CWM recovery.
-Di dalam CWM recovery, install fix recovery dan cwm-root.
-Sekarang hidupkan semula Galaxy Tab anda dan Galaxy Tab anda telah di root.
Semoga berjaya.
Hi bro,
BalasPadamUtk GT-p3100 ni,nak gune Odin Multi Downloader version brape ye? Cari dlm XDADeveloper xde yg sesuai ngan tab ni.
Tq bro
hii.. guna version 1.85..
PadamSuksess!
PadamTq bro Zainal Zakaria.
Kurang satu step dlm tutorial ni. Kenelah install Samsung Kies dulu. klu x Odin x dpt kesan P3100.Hehehe...
Terbaik bro.. Sama2 n trima kasih atas pembetulan 2.. Sy edit post sy nanti..
PadamSalam..knpe cwm xdapat download?
BalasPadam