[Sekilas Pandang] Samsung Galaxy S2 Dan S3 Official Jelly Bean Firmware

Jumaat, 16 November 2012



SamMobile hari ini telah memuat naik kemaskini terbaru Android Jelly Bean 4.1.2 untuk Samsung Galaxy S 2 dan Galaxy S 3 kepada umum. Walaupun ini bukanlah kemaskini rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung namun kami pasti ramai pemilik peranti tersebut mungkin mahukan kemaskini Android ini ke telefon pintar masing-masing.
Untuk Galaxy S 3 adalah versi Android I9300XXELK4_I9300OJKELK5_ILO, anda boleh memuat-turunnya sekarang dan install melalui laman web mereka. Salah satu ciri terbaru dalam kemaskini Android ini adalah fungsi multi-window yang kami kerap dengar akan diterima oleh peranti Galaxy S 3, sama seperti yang ada pada Galaxy Note 2 sekarang.


Kemaskini Android Jelly Bean 4.1.2: Samsung Galaxy S 3
Ini adalah apa yang terbaru pada Android Jelly Bean 4.1.2 menurut kenyataan dari SamMobile:
  • Android 4.1.2 – JZO54K
  • Multi-View (Multi Windows Multitasking, same as in Note II)
  • Page Buddy
  • Notification Panel (Notification Panel can now be customized)
  • Smart Rotation (Screen Display adjusts to your angle of sightings)
  • Continues Input in Samsung Keyboard (Like Swipe or Android 4.2 Keyboard)
  • Paper Artist App (Same as in Note II)
  • New Gallery App (Same as in Note II – This is AWESOME)
Seterusnya untuk Samsung Galaxy S 2 pula, ianya masih menunggu kemaskini rasmi dari Samsung untuk versi Jelly Bean, dan kami menjangka Samsung akan memberinya pada akhir tahun ini. Bagi mereka yang tidak sabar menunggu untuk kemaskini tersebut, dan tidak mahu menggunakan ROM alternatif, SamMobile juga ada memuat naik versi Android I9100XXLSJ untuk peranti tersebut.
Menurut SamMobile lagi, kemaskini bocor untuk Galaxy S 2 adalah yang pertama untuk telefon pintar itu dan datangnya dari seorang ahli dari forum XDA-Developers bernama izap.
Seperti kebiasaan, sila pastikan anda mengikuti segala langkah yang diberikan untuk memasukkan kemaskini tersebut ke telefon anda, dan anda perlu faham akan risikonya, kami di MalayAndroid tidak akan menanggung sebarang komplikasi yang terjadi pada telefon anda selepas anda memasukkannya nanti.
Tapi tidak perlu gusar, anda sentiasa boleh merujuk mengenai kemaskini SamMobile ini dalam forum XDA-Developers peranti masing-masing. Selamat mencuba!

Sumber | Via

Share this article :

0 ulasan:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia