Mengemaskini perisian telefon ke perisian yang terkini penting untuk meningkatkan prestasi telefon mudah alih dan sekaligus menyelesaikan kelemahan-kelemahan sebelum ini. Jadi kat sini aku nak tunjuk cara mudah untuk kekalkan telefon mudah alih korang ke versi perisian yang terkini. Tetapi tutorial ini hanya di khaskan untuk pengguna gadget mudah alih keluaran Sony Ericsson/ Sony sahaja.
Apa yang anda perlukan adalah:
-sambungan internet yang aktif
-kable USB [bergantung kepada jenis telefon yang korang nak kemaskini]
-tahap kesabaran yang tinggi
Sebelum memulakan proses kemaskini, pastikan korang dah backup semua data yang penting bagi korang. Telefon akan menjadi kosong seperti baru selepas dikemaskini.
Langkah 1:
-muat turun Update Service dari sini.
-install Update Service yang korang muat turun tadi
Langkah 2:
-buka Update Service
-biarkan Update Service muat turun data yang diperlukan
-ikut arahan yang diberikan Update Service
Langkah 3:
-pilih bahasa yang korang nak guna dalam aplikasi Update Service
-tandakan setuju pada kotak yang disediakan bagi menandakan korang setuju dengan terma dan syarat penggunaan Update Service
Langkah 4:
-pilih model peranti yang korang nak kemaskini
-pastikan model yang anda pilih adalah betul
-tekan next/seterusnya setelah model yang betul telah dipilih
-comfirm/pastikan
-ikut arahan yang diberikan
-siap
Semoga berjaya!!
search keyword
how to update sony ericsson software, how to upgrade to ice cream sandwich, xperia neo ics,
Bro..SONY 2012 x support recovery mode ke?
BalasPadam