[Tutorial] Kemaskini Samsung Galaxy Tab 7.7 Ke ICS

Khamis, 6 Disember 2012

Disini kami di Soal Jawab Android Malaysia ingin berkongsi cara untuk menaik taraf Samsung Galaxy Tab 7.7 dari versi Android HoneyComb Ke IceCreamSandwich menggunakan Odin Multi Downloader.

Apa yang anda perlukan adalah:

-Odin Multi Downloader
-Official Firmaware untuk Malaysia
-pc/laptop
-kabel USB
-kesabaran dan keyakinan

Gambar 1

Gambar 2

-Selepas semua proses muat turun selesai, matikan tablet anda dan keluarkan simkad serta kad memari.

-Hidupkan tablet anda ke mod muat turun [Download Mod]. Untuk ke mod muat turun, anda perlu menekan butang volume+ dan butang power serentak semasa tablet anda dimatikan sepenuhnya.

-Setelah menekan kedua-dua butang, anda akan mendapat satu amaran[warning]. Tekan valume+ untuk melepasi amaran tersebut. Sekarang anda telah berjaya masuk ke mod muat turun.

-Mulakan Odin

-Tekan pada butang PDA dan cari .tar atau .tar.md5 yang anda muat turun sebentar tadi.

-Jika pakej yang anda muat turun sebentar tadi mempunyai lebih dari satu fail .tar dengan label PDA, Phone/Modem dan CSC, anda hanya perlu meletakkan fail itu mengikut seksyen yang tepat dalam odin. Contoh gambar 2.

-Sambung tablet anda dalam mod muat turun ke pc/laptop menggunakan kabel USB. Jika pc/laptop anda sedang memasang new hardware, tunggu sehingga selesai.

-Setelah tetingkap ID:COM berwarna kuning, tekan START untuk mulakan proses flashing.

-Tunggu sehingga perkataan PASS muncul.

-Tahniah Samsung Galaxy Tab 7.7 anda telah di kemaskini.

-Semoga berjaya
Share this article :

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama2.. Sekarang samsung galaxy tab 7.7 dah boleh di kemaskini kepada versi 4.1 jellybean.. Tapi kmi belum tulis disini.. Mungkin sedikit masa lg..

      Padam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia