UNLOCK BOOTLOADER SONY : EASY WAY

Khamis, 31 Januari 2013



Anda memerlukan ADB(Android Debugging Bridge) dipasangkan pada pc. Sekiranya tiada adb, anda boleh rujuk entry kami disini bagi memasang adb pada pc anda.

Bagi melakukan proses unlock bootloader, anda perlu mendapatkan kod khas dari sony. Berikut merupakan langkah-langkah bagi mendapatkan kod dan seterusnya memudahkan proses unlock bootloader dilakukan.

1. taip *#06# bagi mendapatkan IMEI peranti anda. simpan untuk digunakan pada langkah berikutnya
2. sambungkan peranti ke pc dalam keadaan fastboot mode(google untuk kunci kombinasi peranti anda, setiap peranti adalah berlainan atau cari di xda)
3. pergi ke folder fastboot, tekan shift+right click dan klik open command window here dan taip fastboot -i 0x0fce getvar version

  • jika anda mendapat mesej <waiting for device> ini bermakna fastboot anda tidak berfungsi. rujuk sini untuk cara memasang fastboot dengan betul

4. klik sini untuk mendapatkan unlock code :
  • klik continue
  • klik agree pada 'Are You Sure' dan 'legal terms'
  • masukkan 14 digit yang pertama bagi IMEI peranti anda, nama dan alamat email
  • unlock code akan dipaparkan, simpan untuk proses seterusnya
5. pergi semula pada command window tadi, dan masukkan arahan berikut  fastboot -i 0x0fce oem unlock 0xKEY dan tekan enter
Nota : KEY digantikan dengan unlock code yang diberikan di website sony tadi
CONTOH : fastboot -i 0x0fce oem unlock 0xJSSDJ586MD0877

Tahniah bootloader peranti anda telah di unlock. Anda kini boleh memasang pelbagai rom seperti cyanogenmod, miui dan custom rom yang lain.

AMARAN : UNLOCK BOOTLOADER AKAN MENYEBABKAN KEHILANGAN WARANTI PADA PERANTI ANDA. SEGALA TINDAKAN YANG DILAKUKAN ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. TERIMA KASIH

Share this article :

1 ulasan:

  1. mcm mana nak tukar Bootloader Unlock Allowed: NO to YES ? tolong please.....

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia