CARA MUDAH MEMASANG DRIVER UNTUK SEMUA MODEL PERANTI ANDROID

Jumaat, 1 Februari 2013

Sebelum melakukan proses rooting, unlock bootloader atau apa sahaja yang anda ingin lakukan, anda perlulah memasang driver untuk peranti anda terlebih dahulu. Ini merupakan langkah awal dan penting kerana tanpa driver, segala yang anda lakukan pasti tidak berhasil.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memasang driver pada pc anda. jom!

1. Muat turun Pdanet disini
2. Double click pada fail yang di muat turun tadi
3. Jangan sambungkan peranti anda terlebih dahulu
4. Lanjutkan proses pemasangan driver dengan menekan next > next sehingga skrin memaparkan sesuatu berkenaan driver
5. Skip ke langkah berikutnya jika tiada. Sekiranya anda telah cuba memasang driver sebelum ini, ia akan meminta untuk uninstall driver tersebut dan memasangnya melalui pdanet. Anda hanya perlu tekan yes untuk beberapa langkah seterusnya
6. Seterusnya ia akan meminta anda memilih pengeluar peranti anda seperti gambar dibawah. Pilih pengeluar peranti anda dan klik ok


7. Seterusnya akan kelihatan warning mesej seperti gambar dibawah. Tidak perlu risau, anda hanya perlu klik 'Install this driver software anyway' Mesej ini akan dipaparkan berulang kali sehingga proses memasang driver selesai


8. Pdanet akan meminta anda menyambungkan peranti anda pada pc. Sekarang sambungkan peranti anda tanpa mengguna mode usb storage atau mass storage mode dan biarkan proses pemasangan driver selesai.
9. Pemasangan driver akan selesai sekiranya ia memaparkan pemasangan driver berjaya dilakukan.
10. Anda kini boleh memeriksa sama ada driver anda berhasil atau tidak dengan memberi arahan pada command windows dengan menaip adb fastboot Sekiranya anda mendapat respons(CONTOH: 162HBQ6170) tahniah kerana anda telah berjaya memasang driver pada pc anda.

*Untuk cara pemasangan ADB dan Fastboot rujuk entri kami disini

Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh tinggal komen anda di ruangan komen dibawah. whatcha!

Share this article :

2 ulasan:

  1. ok... sy dah berjaya... apa langkah seterusnya untuk root model motorola atrix 2????

    BalasPadam
    Balasan
    1. sori lambat reply.. setiap model berbeza cara root. lihat sini untuk model atrix 2 > http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1327741

      Padam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia