REVIEW - NINETOLOGY INSIGHT i9430

Sabtu, 20 April 2013


Ninetology Insight adalah antara gergasi telefon pintar Android keluaran syarikat pengeluar peranti bimbit Ninetology. Peranti ini dikuasakan oleh Android dengan versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

SPESIFIKASI:
Dimensi : 126.9 mm x 66.5 mm x 10.8 mm
Berat : 160gram (dengan bateri)
CPU : Pemprosesan Dua-Teras 1.0 Ghz
Sistem Operasi : Android Versi 4.0 Ice Cream Sandwich
Memori
Memori Dalaman : 4gb ROM/512mb RAM
Memori Luaran : MicroSD dengan maksimum 32gb
Paparan : 4.3 inci
Resolusi : 480 x 800 (220 ppi pixel dencity)
Teknologi : IPS One Glass Solution
                 Capasitive, 16.7 Milion warna
Sambungan
Jaringan : GSM 900/1800 Mhz
               WCDMA 2100 Mhz
Sim 1 : GSM / WCDMA
Sim 2 : GSM / WCDMA
Data : HSPA / HSUPA / EDGE / GPRS
Wifi : Ya (802.11n / 802.11g / 802.11b)
Bluetooth : Ya, versi 3.0
Gps : Ya
A-Gps : Ya
Kamera Utama : 8.0 Megapixel
Kamera Hadapan : 2.0 Megapixel
Sensor : Sensor Jarak (Proximity Sensor)
             Sensor Meter Pecutan (Accelerometer Sensor 3d)
Penyambung : Usb 2.0
Slot Kad SD : Ya
Audio : 3.5 mm jack audio
Bateri : Li-ion berkapasiti 1800 mAh
Multimedia
Pemain : MP3 / MP4
Format Audio : MP3 / AAC / MIDI / AMR / WAV
Rakaman Suara : AMR / 3GPP / OGG
Format Video : 3GP / MP4 / AVI
Rakaman Video : 3GP (maksimum 1280x720p@29fps)
Ciri Lain : Panggilan Video

Ujian Permainan Berdefinisi Tinggi
Ninetology Insight i9430 ini dipandu oleh pemprosesan Dua-Teras yang telah diset kepada 1.0Ghz membuatkan peranti ini agak lancar walaupun digunakan untuk bermain permainan berdefinisi tinggi seperti Asphald 6 Adrenaline Hd dari Gameloft.

Contoh rakaman permainan Asphalt 6 yang kami cuba pada peranti Insight.


Ujian Benchmark
Dari segi Benchmark, kami menggunakan Antutu Benchmark untuk menanda aras prestasi peranti ini. Hasil ujian prestasi yang merangkumi semua ujian seperti Memory Performance, CPU integer Performance, CPU Floating Point Performance, 2D / 3D Graphics Performance, dan banyak lg. Secara purata, keputusan ujian yang kami perolehi melalui ujian ini adalah sekitar 6870-6983 bergantung kepada berapa banyak aplikasi yang sedang berjalan.



Ujian Input Sentuhan
Peranti ini menyokong input sentuhan berbilang sebanyak dua titik sentuhan pada satu-satu masa. Dengan adanya input sentuhan berbilang, sekaligus ianya menyokong fungsi pinch to zoom dan permainan yang menggunakan kawalan sentuhan berbilang.


Ujian Kamera
Model peranti Ninetology Insight ini boleh dikatakan antara peranti yang mempunyai kamera berpixel tinggi kerana ianya didatangkan dengan 8.0 megapixel kamera utama dan 2.0 megapixel kamera hadapan dengan tambahan dua LED Flash untuk digunakan semasa menangkap gambar di kawasan kurang pencahayaan. Ianya juga didatangkan dengan mod tangkapan yang berbeza seperti Normal, Auto Scene Detect, Face Beauty, Smile Shot, Best Shot, EV Bracket shot, 4 Shots, 8 Shots, dan 16 Shots.




Contoh gambar yang kami ambil menggunakan Ninetology Insight.


Kamera peranti ini juga menyokong Mod Panorama.



Kelebihan
-Harga berpatutan
-Kamera 8.0 megapixel

Kekurangan
-RAM yang kecil 
-Aplikasi QQ Browser dan M-Waranty diset sebagai aplikasi sistem.
-Tiada sensor kompas

              

Share this article :

7 ulasan:

  1. wifi connection dia mmg slalu sangkut2 ke even wifi speed ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wifi sy ok je... bt masa ni mmg xda mslh.cuma, kamera sy mcm dah blur krg ni. dulu ok je. skrg, kalau snap gambar, terutamanya tulisan...mmg blur.

      Padam
  2. masalah whatapps x boleh guna, lagi satu bila nak download playstore, x boleh nak download. download berjalan, sy tggu satu jam masih x masuk juga. bagaimana?

    BalasPadam
  3. gambar kat contact list tak ada..tak macam samsung,kalau kita syn dengan Facebook,semua gambar contact akan nampak.macam mana nak buat ha?

    BalasPadam
  4. Aplikasi QQ browser dan M-warranty dpt dibuang dng software root app delete

    BalasPadam
  5. mcm mna nk update androind 4.2.2 jelly bean?

    BalasPadam
  6. Macam mane nak buat if sy root handphone sy then terdelete software ape entah sampai fon jadi blank . off and on sendiri . cara nak betulkan selain hantar kedai . sape tahu ?

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia