Mengambil gambar dengan mod Photo Sphere menggunakan aplikasi Google Camera adalah antara perkara menarik yang boleh kita lakukan dengan Android. Malangnya, ianya didatangkan khas keatas peranti Nexus sahaja.
Contoh rakaman video yang diambil bagi menunjukkan apakah itu Photo Sphere. (peranti Samsung Galaxy SII i9100.
Tetapi jika anda ingin mencuba mod Photo Sphere di peranti anda(bukan peranti Nexus), anda boleh memuat turun Fail ini dan pasangkan ke peranti anda menggunakan CWM Recovery. Pastikan peranti anda menggunakan Android Versi 4.1/4.2 Jelly Bean.
*Buat Nandroid Backup terlebih dahulu.
*Risiko memasang mod ini adalah tanggungan sendiri.
Setelah 4.2CameraV3.zip telah dipasang ke peranti anda, anda akan mendapati bahawa peranti anda mempunyai dua Galery dan dua Camera.
Untuk membuang aplikasi Galery dan Camera asal, anda memerlukan File Explorer yang boleh mengakses System peranti anda. Sebagai contoh disini kami menggunakan aplikasi Root Explorer.
Dalam Root Explorer, pergi ke /system/app dan cari Galery2.apk. Setkan Mount R/W kepada Mount R/O supaya anda boleh mengubahsuai aplikasi sistem. Seterusnya, padam Galery2.apk dan tinggalkan GaleryGoogle disana.
Sekarang balik ke menu anda dan aplikasi Galery/Camera tinggal hanya satu sahaja.
Selamat mencuba.
0 ulasan:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !