[TIPS] BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN USB TETHERING DAN USB MASS STORAGE SECARA BERSAMA

Rabu, 24 April 2013

Umum mengetahui bahawa peranti android dengan versi 2.2[Froyo] dan keatas mampu bertindak sebagai Wifi Modem melalui cara Thethering. Terdapat tiga jenis Thethering iaitu melalui USB Thethering, Portable Wi-Fi Hotspot dan Bluetooth tethering.


Isunya disini ialah, jika kita menggunakan USB Thethering pada peranti kita, secara automatiknya kita tidak boleh mengakses sistem storan kita. Perkara ini juga berlaku sebaliknya jika kita menggunakan sambungan USB untuk Mount storan. Jadi bagaimana untuk menggunakan USB Thethering sambil menggunakan sistem storan dalaman dan luaran sekaligus?

Disini kami ingin berkongsi satu tips dimana kita boleh mengakses Internet melalui USB Thethering sambil mengakses juga storan dalaman tanpa perlu memutuskan hubungan USB Thethering. Ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Langkah 1: Muat turun aplikasi PDA Net+ untuk peranti anda dari Gedung Play.

Langkah 2: Muat turun apliksi PDA NET untuk pc anda. Dan pasangkannya.

Langkah 3: Ikut arahan yang diberikan oleh PDA NET. Ringkas dan berkesan.


Tahukah anda bahawa PDA NET juga boleh digunakan untuk memasang USB Driver untuk semua jenis peranti Android? Rujuk artikel kami sebelum ini disini untuk lebih info.
Share this article :

1 ulasan:

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia