BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INVALID IMEI PADA PERANTI NINETOLOGY

Selasa, 14 Mei 2013

Cara bagaimana untuk membetulkan masalah Imei hilang atau Invalid Imei pada peranti Ninetology. Masalah Imei hilang/Invalid Imei ini akan mengakibatkan peranti tidak dapat menerima isyarat operator sekaligus menyebabkan kita tidak dapat melakukan sebarang panggilan keluar dan masuk serta menerima dan menghantar khidmat pesanan ringkas SMS.


Gambar oleh Ahmad Nabeel Abdul Latif

Terima kasih kepada saudara Rofe Erwandy dari Group Ninetology User Malaysia kerana telah menyelesaikan permasalahan ini. Berikut adalah cara bagaimana untuk membetulkan masalah ini.


  1. Matikan peranti anda dan kemudian salin kedua-dua Imei Sim 1 dan Sim 2 yang tertera pada belakang peranti anda[ditempat bateri].
  2. Hidupkan semula peranti anda dan dial kod  *#*#3646633#*#* pada pad pendail peranti anda untuk ke EngineerMode. [bagi peranti Ice Cream Sandwich, Scroll ke bawah dan masuk CDS Information]-[bagi peranti Jelly Bean, Slide ke kanan ke bahagian Connectivity dan masuk CDS Informations]
  3. Kemudian ke Radio Information
  4. Anda akan dapat lihat pilihan Phone 1 dan Phone 2 dimana Phone 1 untuk Sim 1 manakala Phone 2 untuk Sim 2
  5. Untuk Sim 1(Phone 1), tetapkan IMEI number, di atas skali, taip AT+EGMR=1,7,"XXXXXXXXXXX" (gantikan XXXX dengan IMEI Sim 1 dan pastikan nombor IMEI anda berada dalam tanda " ") kemudian tekan 'Send at command'
  6. Untuk Sim 2(Phone 2), tetapkan IMEI nombor, di atas skali, taip
    AT+EGMR=1,10,"XXXXXXXXXXX" (gantikan XXXX dengan IMEI Sim 2 dan pastikan
    nombor IMEI anda berada dalam tanda " ")
    kemudian tekan 'Send at command' [SILA PASTIKAN IMEI YANG ANDA MASUKKAN ADALAH BETUL]
  7. Reboot peranti anda dan masalah selesai. Cuba periksa Imei anda dengan menekan
    *#06#
Share this article :

10 ulasan:

  1. bagaimana cara mengembalikan imei tidak valid pada tab ics movi m3,saya sudah gunakan cara itu tetapi masih blm ketemu yang masuk ke cds information? tlg solusinya thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Movi M3 juga menggunakan chipset Mediatek bukan? boleh aja menggunakan cara di atas sebagai solusinya..untuk ICS, hanya scroll ke bawah hingga ketemu CDS Information....andai gak bisa ketemu juga, root-kan fon anda, dan install application dari PlayStore, namanya "Mobile Uncle Tool" dan daripada application itu, ketik pada Engineering Mode, pasti anda ketemu CDS Information..

      Padam
  2. kalau nak lagi ok guna software ni Maui META 3G dari mediatek ...lepas buat factory reset pun ia takkan naik invalid imei lagi....



    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklum balas dan cadangan. :)

      Padam
  3. saya memakai cross a7* setelah masuk enginermode kok ga ada cds information ya

    BalasPadam
  4. Saya pakai wiztab 5.2...cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah hp saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mobile uncle tool kena root dahulu baru boleh buka...

      Padam
  5. Tank U... utk Android saya berhasil menampilkan IMEI.. makasih banyak gan...

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah..berjaya..terima kasih sifu ya..

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia