KEMASKINI PERISIAN SAMSUNG GALAXY S ADVANCED i9070 KE VERSI JELLY BEAN

Rabu, 15 Mei 2013

Baru-baru ini Samsung telah mengeluarkan kemaskinian perisian terkini untuk Samsung Galaxy S Advanced Gt-i9070. Kemaskini dengan Android versi 4.1.2 Jelly Bean ini membawakan lebih kestabilan, perubahan antaramuka[user interface], dan prestasi. Ikuti tutorial dibawah jika anda ingin memasang kemaskinian ini ke peranti anda.

NOTA: Melakukan naiktaraf ini harus dilakukan dengan mengikut langkah yang kami sertakan dibawah. Kesilapan dalam proses naiktaraf mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku terhadap peranti anda. 

Apa yang anda perlukan adalah:

-Muatturun dan pasangkan Samsung Kies.
-Muatturun dan pasangkan Samsung Usb Driver.
-Muatturun Samsung Firmware untuk Gt-i9070 Malaysia XME. Extract firmware yang anda muatturun tadi dan anda akan mendapat fail .md5 atau .tar.md5 berserta lain-lain fail.
-Muatturun Odin v3.07.

Pastikan peranti anda telah dicas penuh atau minimum 80% kuasa bateri masih tersisa di dalamnya.

Jika peranti anda menggunakan Custom Firmware atau Custom Recovery, ianya akan digantikan dengan Official Firmware dan Official Recovery memandangkan ini adalah Official Firmware.

Memandangkan proses penaiktarafan ini MUNGKIN akan memadam data peribadi yang terdapat di dalam peranti anda, anda disarankan untuk melakukan Backup terlebih dahulu yakni menyalin segala data yang PENTING bagi anda ke tempat lain.

Pastikan Usb Debugging telah didayakan. Jika belum, pergi ke setting>application>development dan tandakan pada USB debugging.

Dah cukup semua kelengkapan? Jom kita mulakan.

Langkah 1: Matikan peranti anda dan masuk ke mod Download. [ menggunakan butang kombo Vol-, Home, dan Power] seterusnya Vol+ untuk melepasi tanda amaran.

Langkah 2: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan peranti ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti peranti anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.

Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.




Seterusnya isikan fail yang di extract td ke PDA, PHONE dan CSC.

PDA: fail dengan format .tar
PHONE: fail dengan perkataan "modem". Abaikan jika tiada.
CSC: fail dengan perkatan "csc". Abaikan jika tiada.
PIT: Masukkan pit file ke kotak pit.[jika pit disediakan bersama firmware yang dimuat turun. abaikan jika tiada]

Periksa pilihan Auto Reboot dan F. Reset Time telah ditandakan. Pastikan juga Re-Partition tidak ditandakan. Anda hanya perlu menandakan Re-Partition JIKA anda menggunakan fail Pit.

Tekan butang START dan tunggu hingga proses selesai.

Tablet anda akan Restart dengan sendirinya apabila perkataan PASS muncul di Odin.

Jom cuba apakah rasanya Jelly Bean ini. Semoga berjaya.

Share this article :

4 ulasan:

  1. salam 1 malaysia,sye nk tau yg GT-i9070 Malaysia xme 2 official firmware untuk malaysia ke??sye pakai s advance tpi x reti nk gne kies,jd igt nk wat cre kt ats 2 la..nk tau dlu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali.. Ya ini adalah firmware rasmi malaysia.. Jadi xada sebarang masalah jika nak hantar ke pusat servis nanti..

      Padam
  2. salam ... lag x JB version malaysia nih ?? sya dh okai JB version rusia ... tp lag teruk lah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seeleoknya pakai JB India atau serbia..malaysia punya pun lag..

      Padam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia