KEMASKINI PERISIAN SAMSUNG GALAXY TAB 7.0 PLUS KE VERSI JELLY BEAN

Khamis, 2 Mei 2013


Baru-baru ini pihak Samsung telah mengemaskini perisian tablet 7 inci generasi kedua mereka iaitu Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Kemaskini dengan Android Versi 4.1.2 Jelly bean ini membuatkan peranti tablet ini seakan-akan Galaxy Note II versi tablet. Malangnya belum ada untuk Malaysia. Mungkin lambat sikit. Jika anda ingin mengemaskini tablet anda ke versi terbaru ini dengan perisian dari negara luar, ikuti langkah mudah dibawah.

Nota: 
-Mengemaskini mungkin[mungkin] akan memadam data pengguna di dalam peranti. Jadi melakukan backup adalah idea yang bijak.
-Ini adalah perisian BUKAN dari Malaysia. Jadi mungkin[mungkin] tiada Bahasa Malaysia di dalamnya.
-Memandangkan Anda memasang perisian BUKAN untuk Malaysia, anda mungkin perlu kembali ke perisian asal Malaysia[XME] jika anda ingin menghantar ke pusat servis jika mengalami kerosakan.
-Risiko memasang perisian ini adalah tanggungan sendiri. Jika anda meneruskan untuk mengikuti tutorial ini, kami menganggap bahawa anda telah baca dan faham nota di atas.
-Jadi mari kita teruskan.

Langkah 1: Muat turun Firmware disini dan Unzipkan.
                 Muatturun Odin V3.07 disini.
                 Anda memerlukan Samsung Kies Software untuk Odin mengenalpasti Driver anda.

Langkah 2: Matikan Tablet anda dan masuk ke mod Download. [ menggunakan butang kombo [Vol- dan Power] seterusnya Vol+ untuk melepasi tanda amaran.

Langkah 3: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan tablet ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti Tablet anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.

Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.


Seterusnya isikan fail yang di extract td ke PDA, PHONE dan CSC.

PDA: fail dengan format .tar
PHONE: fail dengan perkataan "modem". Abaikan jika tiada.
CSC: fail dengan perkatan "csc". Abaikan jika tiada.
PIT: Masukkan pit file ke kotak pit.[jika pit disediakan bersama firmware yang dimuat turun. abaikan jika tiada]

Periksa pilihan Auto Reboot dan F. Reset Time telah ditandakan. Pastikan juga Re-Partition ditanda jika[JIKA] anda menggunakan pit file.

Tekan butang START dan tunggu hingga proses selesai.

Tablet anda akan Restart dengan sendirinya apabila perkataan PASS muncul di Odin.

Jom cuba apakah rasanya Jelly Bean ini. Semoga berjaya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Edit: Firmware rasmi XME malaysia boleh dimuat turun disini.
Share this article :

10 ulasan:

  1. Mcmn nak backup data, pic, mp3, apps yg kita ada? Sebelum ni update ICS sumer ilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Copy semua file ke pc, untuk sms backup guna sms backup, contact no export ke kad sd dan apk backup untuk backup app..

      Padam
  2. utk note 1 dh ade tak malaysia pnyer?

    BalasPadam
  3. Saya telah download software ini tapi x boleh print screen le mcm mana ye nak printscreen..

    BalasPadam
  4. Sya dgn kwan sya pkai tab 2 7.0 bla kmi bka wifi mesti jd hang dya jd mula semula bla pkai jelly bean . Dya xmcm ICS . ICS jrang jd mcm tu

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia