[TIPS] BAGAIMANA UNTUK MEMADAM DATA MENGGUNAKAN ADB COMMAND

Jumaat, 3 Mei 2013

Ramai antara kita mengalami masalah tentang bagaimana untuk memadam data dalam tablet atau peranti clone dari China apabila berlakunya peranti terkunci akibat too many pattern attempt kerana terlalu banyak memasukkan kata laluan yang tidak sah. Kebanyakannya tiada sokongan dari segi perisian dan sebagainya. Paling memburukkan keadaan, kebanyakan dari peranti-peranti ini tidak didatangkan dengan Stock Recovery dimana ianya amat berguna dan cara paling mudah untuk memadam data pengguna.

Namun kita patut berterima kasih kerana keterbukaan sumber dalam platform Android menyebabkan terdapatnya pelbagai solusi yang boleh kita gunakan. Sepertimana artikel kami sebelum ini iaitu mengenai bagaimana untuk menyediakan Adb dan Fastboot dengan memasang Android SDK di dalam Pc, mengggunakan Adb Command juga boleh digunakan untuk memadam data.

Setelah menyediakan Adb di Pc anda, anda boleh memadam data di dalam peranti Android anda dengan hanya beberapa arahan mudah[Adb Command].

Pastikan peranti anda disambungkan pada pc dalam mod normal. Pergi ke C:\Program File\Android\android-sdk\platform-tools tekan shift+right click pada mana-mana bahagian dalam folder tersebut dan pilih open command window here. Beri arahan dengan menaip adb device dan peranti anda akan dipaparkan. Tahniah Adb anda berfungsi dengan baik.


Kemudian beri arahan adb shell wipe data dan seterusnya tekan Enter.


Anda juga boleh memberi arahan adb reboot recovery dan tekan Enter jika anda ingin masuk ke mod recovery.

Mudah bukan? Diharap info ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Mari bantu kami sebarkan informasi ini dengan Share di Facebook dan +1 di Google+.
Share this article :

11 ulasan:

  1. kepada yg suka guna pattern pass tu eloklah enablekan fungsi debugger ADB ni, sebabnya pattern yg terlupa boleh direset secara ADB prompt

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, perkara pertama perlu dilakukan apabila mendapat peranti android.. :)

      Padam
  2. salam bro sekalian.. kalau tersekat kat logo android tu...boleh tak gune cara ni untuk reset?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Sharul Naim.. boleh ja.. kna setup adb dulu la..

      Padam
  3. saya ada masalah untuk tablet nautica 2 nova tech untuk root/recovery/upgrade rom.. pelbagai cara power button + up/down dicuba.. tak nak masuk jugak kat recovery mode. ada cara x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rujuk sini http://www.soaljawabandroid.my/2013/06/tips-selesaikan-masalah-tablet.html

      Padam
  4. salam bro, teman punyer tablet smartab1malaysia Q3 dah kena lock sbb too many pattern attempt kerana terlalu banyak memasukkan kata laluan yang tidak sah. tanye kedai amik mase 1 bulan tuk repair. jd cara kat atas tue berkesan ker dalam issue nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Rujuk sini lebih mudah.. http://www.soaljawabandroid.my/2013/06/tips-selesaikan-masalah-tablet.html?m=1

      Padam
    3. dah ley on...tengs bro...tp china la plak bahase...besok pg kena bawak kopos letuww....huhuhuh.......

      Padam
  5. salamm bro zainal tab sya internal storage full..tp app xdk,dah reset tp sama je..cm ne nk wat???

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia