TUTORIAL ROOT, PASANG CWM RECOVERY DAN CUSTOM JELLY BEAN ROM UNTUK NINETOLOGY INSIGHT

Khamis, 30 Mei 2013

Tutorial cara bagaimana mendapatkan akses Root untuk peranti Ninetology Insight i9430.  Ninetology Insight adalah antara barisan peranti terbaik daripada Ninetology dimana ianya dikuasakan oleh Android versi 4.0.x Ice Cream Sandwich, paparan 4.3 inci One Glass Solution dan 8.0 megapixel kamera. Jika anda mencari tutorial bagaimana untuk Root peranti Insight anda, anda di tempat yang betul. Teruskan bacaan anda.

Nota: Root peranti dikira sebagai melakukan modifikasi terhadap perisian/software dan boleh menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengeluar dikira batal. Segala risiko melakukan proses Root adalah tanggungan anda sendiri. 

Anda dah baca nota diatas? Masih nak teruskan? Jadi mari kita mulakan.

Apa yang anda perlukan adalah, gunakan Tool SRSRoot. Rujuk artikel kami disini
.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai Root? Langkah seterusnya ialah memasang CWM Recovery pada peranti kesayangan anda. Caranya lebih kurang sama dengan dengan Ninetology Black Pearl II iaitu menggunakan MobileUncle Tools.

Langkah 1: Muat turun aplikasi Mobileuncle Tools secara percuma di Gedung Play.
                 Muat turun Recovery Image untuk Ninetology Insight dan unzipkannya.

Langkah 2: Buka aplikasi Mobileuncle Tools yang anda muat turun sebentar tadi dan Grant akses root pada aplikasi ini. Seterusnya pilih Recovery Update dan cari recovery.img yang anda muat turun sebentar tadi.


Tekan ok dan seterusnya tekan ok untuk reboot ke Recovery Mode bagi memastikan CWM Recovery anda berfungsi dengan baik. Jika CWM Recovery anda berfungsi dengan baik, anda disarankan terus ke bahagian backup dan backup keseluruhan Stock Rom anda untuk kegunaan masa hadapan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok sekarang tiba masanya untuk pasang Custom Rom Jelly Bean V4.1.1 untuk Ninetology Insight.

Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah muatturun Custom Rom terlebih dahulu.
-Muat turun bahagian 1 disini
-Muat turun bahagian 2 disini

Anda perlu gabungkan kedua-dua bahagian satu dan dua menjadi satu file. Jika anda tiada aplikasi untuk mengabungkan file ini, muat turun aplikasi ini untuk PC anda.

Cara untuk memasang Custom Rom:

Masukkan file yang telah anda gabungkan tadi kedalam kad Sd anda.

Kemudian boot masuk ke Mod Recovery.
Clear Cache dan Dalvik Cache.
Pilih Install Update From SDcard dan cari fail yang anda muat turun sebenta tadi.
Pilih Yes dan tunggu proses pemasangan hingga selesai.
Akhir Sekali, pilih Reboot System Now.

Selesai Update, peranti anda akan boot dalam bahasa Cina dan anda perlu menukarkannya kepada bahasa pilihan anda secara manual.

** Known Bugs:
com.android.phone akan Force Cloce selepas setiap kali peranti dihidupkan. Tetapi fungsi telefon masih lagi dapat berfungsi.

Semoga berjaya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Special Credit:


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Betulkan kami jika ada info yang salah. Kami hanya menyebarkan maklumat. Segala ucapan terima kasih haruslah diberikan kepada rakan-rakan di atas. 

#Email kami di pgk720291@gmail.com jika anda ingin menyumbang ScreenShot selepas kemaskini.
Share this article :

40 ulasan:

  1. ada apa2 improvement x kat performance & battery life insight? Just nak confirm balik b4 hilang semua progress dlm game2. Thx

    BalasPadam
  2. Dh dpt..Nsb dpt root gna cwm..research habis2 kt website ni bru phm..thx!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mane nak root balik...leh bg tau carenye x?...

      Padam
  3. Kemudian boot masuk ke Mod Recovery? macam mane nk boot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna mobile uncle tool kemudian boot ke recovery mode..

      Padam
  4. Clear Cache dan Dalvik Cache. yg ni plak ktne?
    alamak, ade gmbar2 sket kn snang.. pening kjap...

    BalasPadam
  5. muat trun recovery image tu dkt pc ke?

    BalasPadam
  6. May I know what custom rom is this? Thank you.

    BalasPadam
  7. salam..bro nk tnya..klau dh pkai custom rom jellybean ni..pastu nk root cmna plak?

    BalasPadam
  8. mcm mne nk root balik bila dh tukar jellybean

    BalasPadam
  9. ZAINAL ZAKARIA nk tanye.. root ni ok ke? xbape faham sgt la.. ape kelebihan bila dah root ni? battery life ok x? gmbar, music, game n yg lain2 hilang ke bila da root ni? mohon reply..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengertian root sila rujuk sini http://www.soaljawabandroid.my/2012/10/apa-itu-root.html

      Padam
  10. jellybean dalam insight ok tak? any bugs so far???

    BalasPadam
  11. kenape sdcard tak bole bace lepas settle bahgian backup..apakah?

    BalasPadam
  12. yg file konka tu dh combine..nk kena unzip?sbb installation aborted.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa xleh unzip lak? Extract guna apa? Winrar? 7zip?

      Padam
    2. dah boleh da..huhu. masalah seterusnya adalah..masa nk installation guna sdcard dekat recovery mod tu, installation abort. pastu tup2..hang kat gmabar ninetology tu. aiyo

      Padam
    3. okey da settle. skang same problem with caunsibs, xbleh nak continue sbb installation aborted. any solution en.zainal zakaria?

      Padam
    4. zainal mohon bantuan.. kenapa saya punya dia tulis installation aborted.. mohon bantuan dengan segera

      Padam
  14. Boleh mintak backup file x? Nk restore blik jelly bean v1. Nk backup file xmau zip file

    BalasPadam
  15. bro, ade x cwm untuk ninetology pearl mini??

    BalasPadam
  16. jelly bean old version....ada x macam black pearl 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada update utk rom ni KABW960_CH.2. 05.712
      http://www.museui.com/museui/thread-6521-1-1.html
      flash guna stock recovery.

      Padam
    2. tambahan: rom ni xder gapp, tp sebelum update rom ni backup dulu yg mana patut.
      kalu nak install gapps kena root dan install guna CWM recovery..

      Root: http://www.museui.com/museui/thread-3061-1-1.html
      gapps: http://goo.im/gapps/gapps-jb-20121011-signed.zip

      Padam
  17. bro. aku cuba install Update From SDcard tapi dia tulis "Installation Aborted". kenapa ye? mohon bantuan. terima kasih.

    BalasPadam
  18. bro
    xleh unlock bootloader ke
    xnk install costum rom
    hehe

    BalasPadam
  19. recovery image cant download
    please upload again
    pls...pls

    BalasPadam
  20. asalam knape sy punya ninetology insight tak boleh recovery mode cwm..mohon bantuan

    BalasPadam
  21. Google search Kingo to root JellyBean Insight,
    Install and plug>follow the instuctions>DONE ROOTED. Drivers will be installed automatically..
    it works tested with my Insight,
    GOT SUPERSU

    BalasPadam
  22. Kalau phone yg dah rooted nak pasang custom rom je?

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. tumpang tanya, saya pakai phone yg sama tp cuma pakai android icecream sandwich, boleh tolong bgtau mcm mna caranya?

    BalasPadam
  25. root guna kingo root je mudah. sekian

    BalasPadam

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia