HOW TO ROOT SAMSUNG GALAXY SIII 4.2.2

Khamis, 6 Jun 2013

Jika anda telah mengemaskini Samsung Galaxy SIII anda kepada Android versi 4.2.2 Leak Firmware sepertimana artikel kami sebelum ini dan ingin mendapatkan akses Root untuk peranti anda, artikel ini khas untuk anda.

NOTA: Melakukan proses Root menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengilang secara automatik akan terbatal. Baca dan fahamkan sebelum membuat apa-apa tindakan kerana pihak kami TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dayakan USB Debugging terlebih dahulu. Tak jumpa Developer Options dimana? Mari kami tunjukkan.

Jika anda mengunakan Android Versi 4.2.2 secara lalainya Developer Options telah disorokkan dan anda perlu membukanya secara manual.
-Pergi ke Setting>More>About Devices dan tekan beberapa kali di bahagian Build Number sehingga naik mesej seperti dibawah.


Langkah seterusnya:
-Muat turun dan pasangkan Samsung USB Driver
-Muat turun dan pasangkan Samsung Kies
-Muat turun Odin v1.83
-Muat turun Cf-Root-SGS3-v6.4.zip dan extract ke pc anda.

Pakej Root ini turut disertakan bersama CWM Recovery v5.5, SuperSU v0.93 dan CWM Manager v3.60.

Dah cukup semua kelengkapan? Jom kita mulakan.

Langkah 1: Matikan peranti anda dan masuk ke mod Download. [ menggunakan butang kombo Vol-, Home, dan Power] seterusnya Vol+ untuk melepasi tanda amaran.

Langkah 2: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan peranti ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti peranti anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.


Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.

Masukkan File Cf-Root-SGS3-v6.4.rar pada bahagian PDA dan pastikan bahagian Auto Reboot dan F.Reset Time telah ditandakan. Re-Partition biarkan tidak bertanda.

Tekan butang START dan tunggu hingga selesai apabila perkataan PASS keluar di petak Odin.


Tahniah! peranti anda sekarang telah berjaya mendapat akses Root.




Share this article :

0 ulasan:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia