Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X

Ura-ura Nokia Bakal Membawakan Peranti Android Kedengaran Lagi

Rabu, 12 Februari 2014


Pihak Nokia yang terkenal dengan peranti berasaskan Symbian  pada suatu masa dahulu terus kembali teguh dalam pasaran pembuatan telefon dengan sistem operasi Windows Phone.Kini, Nokia kelihatan bakal bergerak selangkah ke hadapan  lagi apabila ura-ura terbaru mengatakan pihak mereka ingin memperkenalkan sebuah peranti berasaskan sistem operasi terbuka dan terkenal ,Android.


Dahulunya,pihak Soal Jawab Android ( SJAM ) pernah berkongsi mengenai satu artikel mengenai ura-ura yang sama dengan pengenalan peranti NewKia,dan yang terbaru ia turut diberi penjenamaan semula dengan nama Normandy.Lebih menarik lagi apabila,pihak Nokia turut dikhabarkan melancarkan peranti Normandy ini dalam bulan ini.


Antara perkara menarik yang bakal Nokia bawakan dengan peranti Android pertama syarikat mereka ialah :



~ Bakal dijenamakan dibawah siri keluarga Nokia Normandy /dikenali dengan kod nama Nokia X

~Hadir dalam masa terdekat (bulan ini) dalam acara Mobile World Congress 2014

~Hadir dengan aplikasi playstore android tersendiri yang berasaskan Nokia

~Lebih menjurus ke arah mempromosikan perkhidmatan dan produk keluaran Nokia dan Microsoft

~Membolehkan pihak Nokia memperkenalkan peranti pada harga yang jauh lebih berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

~Sistem operasi Android 4.4.1 Kitkat dengan antaramuka menjurus kepada peranti Amazon Kindle Fire

~Kamera beresolusi 5.0 megapixel

~Rekaan bentuk luar peranti yang sejajar dengan peranti dari keluarga Nokia Asha



Spesifikasi yang diura-urakan :
  • Skrin bersaiz 4.0 inci  FWVGA display, 480×854 pixels
  • Cip pemprosesan Qualcomm dual-core 1GHz Snapdragon 
  • RAM sebesar, 512MB 
  • Storan dalaman 4GB dengan sokongan slot untuk microSD
  • Kapasiti bateri sebesar 1,500mAh
  • Sokongan dual-SIM





Walau apapun,sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.Hal ini sekaligus merancakkan lagi persaingan peranti telefon pintar berasaskan Android sekaligus mencipta ruang dan peluang yang luas kepada pengguna seperti kita untuk membuat pilihan.



Sumber video : T3.com

SUMBER RUJUKAN : WSJ
Blogger Tricks

Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 Hadir di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Rabu, 23 Oktober 2013


Akhirnya, tablet terbaru dari Samsung,melalui keluarganya yang tersendiri, Note terbaru bakal hadir ke pasaran Malaysia bermula minggu hadapan.Peranti tersebut dikenali dengan nama Galaxy Note 10.1 Edisi 2014.


Spesifikasi Ringkas Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 :
  • Saiz skrin : 10.1 inci dengan sokongan paparan WQXGA 2560x1600 pixel
  • Cip pemprosesan : Snapdragon 800 Empat teras 2.3 GHz ( sokongan LTE ) / Samsung Exynos 5 Octacore 1.9 GHz + 1.3 GHz  ( sokongan 3G )
  • Kamera : 8-megapixel ( belakang ) dengan sokongan rakaman video HD Penuh 1080P / 2-megapixel ( hadapan )
  • Kapasiti bateri : 8220 mAh
  • RAM : 3 GB
  • Menyokong penambahan memori luaran micro SD sehingga 64 GB
  • Aplikasi menarik : Twitter yang dioptimasikan untuk penggunaan tablet, Samsung KNOX dll.
  • Harga pasaran : Belum Diketahui


SUMBER RUJUKAN : Amanz.my

Samsung Galaxy Gear Mampu Menjalankan Aplikasi Android Sepenuhnya?

Jumaat, 11 Oktober 2013

Seperti semua sedia maklum,Samsung Galaxy Gear merupakan sebuah jam tangan pintar keluaran Samsung yang menjalankan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean padanya dengan sokongan kelajuan " processor " 800MHz serta dilengkapi 512MB RAM terbina dalam.



Secara asalnya, Samsung Galaxy Gear hanya mampu menjalankan beberapa jenis aplikasi android sejak pelancarannya yang terdahulu.Kini, menurut sumber, peranti ini juga turut sama membawakan sokongan ADB " Android Debug Bridge sekaligus membolehkan pengguna untuk menjalankan beberapa aplikasi Android yang popular padanya dengan muatan terbina dalam sebanyak 4GB.


Cuma,paparan skrin yang kecil sedikit sebanyak menjadikannya kurang sesuai untuk penggunaan harian.Perkara ini juga menunjukkan,peranti ini mempunyai sedikit kelebihan daripada hanya sebuah jam tangan pintar.

SUMBER RUJUKAN : Arstechnica.com

LG Vu 3 Dengan Paparan Skrin 4:3 Diumumkan Secara Rasmi

Selasa, 24 September 2013

Pihak LG secara rasminya telah melancarkan telefon pintar siri baharu di bawah keluarga Vu dengan memperkenalkan LG Vu 3.LG Vu 3 kali ini turut mengekalkan paparan skrin beresolusi dan nisbah 4:3 yang amat berbeza dengan paparan telefon-telefon pintar terkini yang lain.

Spesifikasi Ringkas LG Vu 3 :

  • Saiz Skrin 5.2 inci HD IPS Display ( 1280 x 960 pixel )
  • Cip pemprosesan 2.26 GHz Snapdragon 800 & 480 MHz Adreno 330 GPU
  • Sistem Operasi Android 4.2.2 Jelly Bean
  • Kamera belakang beresolusi 13.0 megapixel beserta flash / 2.0 megapixel depan
  • Sokongan LTE-A , NFC,Rakaman Full HD 1080P pada kamera belakang
  • Sokongan fungsi menarik seperti KnockOn QiuckView,Guest Mode, Pop and Plug earphone.
  • Harga belum diketahui dan peluang untuk masuk ke pasaran tempatan juga belum diumumkan lagi buat masa ini.
Apakah pendapat anda mengenai peranti yan mempunyai skrin bernisbah 4:3 yang jarang-jarang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telefon pintar seperti LG ini?

SUMBER RUJUKAN : Fonearena.com

" BBM For All " Bakal Dilancarkan Hujung Minggu Ini

Khamis, 19 September 2013

Seperti semua sedia maklum, ura-ura pernah kedengaran yang mengatakan aplikasi BBM bakal hadir ke peranti Android dan iOS.Kini, melalui pihak Blackberry sendiri, mereka mengumumkan bahawa aplikasi BBM bakal hadir untuk kedua-dua sistem pengoperasian terkenal ini pada hujung minggu ini untuk semua.Menariknya, aplikasi BBM yang dahulunya merupakan sebuah aplikasi khusus untuk peranti pintar Blackberry ini ,bakal ditawarkan secara percuma untuk semua melalui Google Play dan App Store.

Serba sedikit info mengenai fungsi menarik yang bakal ditawarkan untuk BBM ini kelak.

  • BBM Chat - menghantar dan menerima mesej
  • Turut menyokong penghantaran fail media lain seperti gambar,rakaman suara dan sebagainya
  • Group Chat - Menyokong fungsi perbualan berkumpulan sehingga 30/kumpulan
  • Fungsi mengemaskini status menggunakan mesej persendirian ,gambar dan status semasa.
  • BBM Pin - Nombor unik untuk setiap akaun
Berdasarkan sumber, aplikasi BBM Voice dan BBM Video juga bakal hadir dalam masa terdekat untuk Android dan iOS.

Aplikasi BBM ini memerlukan spesifikasi tertentu dan dilancarkan kepada umum mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sistem Operasi Android :
  •  Memerlukan pengguna memmpunyai Android 4.0 dan terkini.
  • Dilancarkan pada 21 September 2013
Sistem Operasi iOS
  • Memerlukan pengguna mempunyai iOS 6 dan terkini
  • Dilancarkan pada 22 September 2013
SUMBER RUJUKAN : Blackberry.com

Asus Memperkenalkan " The New Asus Padfone Infinity "

Selasa, 17 September 2013


Pihak Asus hari ini secara rasminya telah mngemaskini peranti keluarga padfone keluaran syarikatnya dengan memperkenalkan " The New Asus Padfone Infinity " .Berdasarkan namanya, Asus telah membawakan pelbagai kemaskini baharu dari segi spesifikasi dan fungsi menarik padanya.

Antara kemaskini terbarunya ialah :

  • Cip Pemprosesan Baharu Snapdragon 800
  • Teknologi PixelMaster ( gabungan beberapa rakaman bersaiz 3.0 megapixel dalam sebuah gambar )
  • Kamera 13.0 megapixel pada bahagian belakang / 2.0 megapixel depan
  • Pilihan ruangan storan dalaman 16GB / 32GB dengan sokongan penambahan kad mikro -SD
  • Skrin bersaiz 5 inci Full HD 1080P dan sokongan audio Sonic Master
  • Didatangkan dengan warna pilihan "Titanium Black atau Platinum White "
  • Harga belum diketahui buat masa ini.Haga versi terdahulu ialah RM 2699


SUMBER RUJUKAN : Engadget.com

Gambar Nexus 5 Tertiris Lagi ?

Jumaat, 13 September 2013

Sejak pengenalan versi Android 4.4 Kit Kat yang terbaru dari pihak Google,kini lebih banyak gambar yang dikatakan sebagai peranti Nexus 5 terbaru mula tertiris.

Gambar Nexus 5 yang tertiris ke arena laman sesawang kali ini agak banyak dan rupa bentuknya mirip seperti dalam iklan video promosi Android 4.4 Kit Kat.Peranti terbaru ini juga, ada sedikit menyerupai Nexus 4 yang terdahulu.

Gambar kali ini yang tertiris jelas menampakkan modelnya iaitu LG D820.Menariknya,gambar ini adalah sumber dari pendaftarannya yang terbaru di FCC sebelum ia dilancarkan.Sebarang spekulasi mengenai gambar kali ini yang dianggap prototaip dari pihak LG juga, tidak dapat dinafikan.

Ura-ura mengatakan ia bakal membawakan spesifikasi seakan sama seperti model telefon pintar kelas tinggi LG G2.Namun,butang pintas fizikalnya terletak pada bahagian tepi berbeza dengan LG G2,di belakang.Jika dilihat dengan teliti pada bahagian belakang,terdapat satu slot kelihatan seperti tempat pengimbasan.

Walaubagaimanapun,semua berita ini hanya di peringkat ura-ura.Namun,ia tidak menjadi sebuah perkara yang mustahil untuk berlaku.Jadi,apa kata anda mengenai perkara ini?Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.

SUMBER RUJUKAN 1 : Androidpolice.com
SUMBER RUJUKAN 2 : Droid-life.com

Samsung Bakal Hadir Dengan Peranti Sokongan Cip 64-Bit Kelak

Khamis, 12 September 2013

Berdasarkan sumber, pihak Samsung, melalui ketua pegawai pemasarannya, JK Shin mengatakan bahawa Samsung bakal menyertakan sokongan cip pemprosesan 64-bit dalam generasi telefon pintar terbaharu mereka kelak.

Hal,ini merupakan sesuatu yang biasa apabila sesebuah syarikat gergasi telefon pintar, aktif dalam memperkenalkan pembaharuan dalam setiap binaannya dan salah satu strategi pemasaran yang baik.

Selain itu,Samsung turut merancang untuk menggunakan sistem berlandaskan ARMv8 64-bit apatah lagi Samsung salah sebuah syarikat belesen terkenal dalam penggunaan cip ARM dalam hampir setiap telefon pintar keluarannya.Maka,tidak hairanlah sekiranya peranti mereka kelak membawakan sokongan tersebut.

Jadi, kemungkinan besar, peranti dari keluarga Galaxy S seterusnya;Galaxy S5 bakal menyertakan sokongan cip yang hebat ini.Sama-samalah kita nantikannya kelak.

SUMBER RUJUKAN : Engadget.com

HTC Desire 500 Berharga RM 899

Selasa, 10 September 2013

HTC Desire 500 telah diperkenalkan kepada umum pada bulan Julai yang lalu.Kini,peranti tersebut telah mula dijual di Malaysia pada harga saranan RM 899.

HTC Desire 500 merupakan sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan.Sokongan lain seperti HTC BoomSound dan Ultrapixel tidak disertakan sekali melalui peranti ini.

Spesifikasi Ringkas HTC Desire 500 :
  • Saiz Skrin : 4.7 inci WVGA
  • Cip Pemprosesan : Empat -Teras 1.2 GHz Snapdragon 200
  • RAM : 1GB
  • Menyokong penambahan Micro-SD tambahan sehingga 64 GB
  • Kamera : 8.0 megapixel ( belakang ) / 1.6 megapixel ( depan ) dengan HTC ImageChip
  • Kapasiti Bateri : 1800 mAh
  • Sokongan Menarik : HTC BlinkFeed , Multi Shot Burst Camera, Dual Sim
  • Harga Saranan : RM 899
SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : HTC.com

Hab MyAndroid Pertama oleh Digi


Digi merupakan antara pihak terawal memperkenalkan sebuah kedai fizikal berasaskan Android di Malaysia kepada umum di Sunway Pyramid.



Kedai tersebut yang dikenali sebagai " MyAndroid Hub " bakal menawarkan pelbagai peranti berasaskan android ,pelan internet termasuklah beberapa bantuan asas android khas untuk para pengguna.

Pihak Digi turut berkongsi dengan menyatakan bahawa lebih kurang 6 hab myAndroid bakal diperkenalkan sehingga suku pertama 2014 kelak.

Sebuah laman sesawang khas mengenai " MyAndroid Hub " turut diterbitkan oleh pihak Digi.

SUMBER RUJUKAN 1 : Amanz.my
SUMBER RUJUKAN 2 : Bernama.com.my

Galaxy Note 3 Turut Menyertakan USB 3.0 Padanya

Ahad, 8 September 2013

Pihak Samsung juga turut memperkenalkan pembaharuan dalam teknologi pengecasan telefon pintar pada acara IFA 2013 baru-baru ini.Teknologi tersebut adalah pengenalan port pengecasan mikro-USB 3.0 pada peranti terbaru mereka iaitu phablet Galaxy Note 3.

Melalui pengenalan teknologi terbaru ini, ia membawakan sebuah titik tolak baharu dalam penyokongan masa pengecasan telefon pintar yang singkat sekiranya dihubungkan ke komputer riba mahupun desktop.
Teknologi ini membolehkan pengecasan phablet tersebut sehingga 900 mA lebih tinggi berbanding 500 mA pada mikro-USB 2.0 terdahulu.


Selain itu,dengan ada teknologi baharu ini juga, kadar masa yang diambil untuk pemindahan data dari komputer yang menyokong fungsi USB 3.0 turut disingkatkan.Pengguna juga diingatkn bahawa,pengecasan menggunakan arus elektrik AC tidak akan memberikan sebarang perubahan kepada kadar arus yang mengalir walaupun kabel mikro-USB 3.0 digunakan.

Pengguna sedia ada juga tidak perlu risau kerana phablet terbaru Samsung,Galaxy Note 3 ini turut menyokong kabel mikro-USB 2.0 yang lama,cuma sedikit penambahan dilakukan padanya dan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu ini.

SUMBER RUJUKAN : Amanz.my

Gambar Nexus 5 Mula Tertiris?

Sabtu, 7 September 2013

Gambar Nexus 5 (kiri) dibandingkan dengan Nexus Terdahulu(kanan)
Setelah berita terbaru mengenai Android Versi Terbaru dilancarkan,Android 4.4 KitKat; kini 3 keping gambar mengenai peranti terbaru daripada pihak Google mula kelihatan di bawah jenama Nexus.

Seperti semua sedia maklum,peranti Nexus merupakan peranti sepenuhnya dimiliki oleh pihak Google dan dibina melalui kerjasama dari pelbagai pihak teknologi telefon pintar terkenal seperti Samsung dan LG.


Hari ini,beberapa gambar mengenai peranti Nexus 5 mula tertiris lagi ke arena laman sesawang setelah ia mula tertiris buat pertama kalinya dalam sebuah iklan yang diterbitkan oleh pihak Google semasa pelancaran Android 4.4 KitKat.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai rekabentuk terbaharui peranti dari pihak Google ini?Sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya.

SUMBER RUJUKAN : Technobuffalo.com

Newkia = Peranti Nokia + Android ?

Jumaat, 6 September 2013

Berdasarkan sumber, pihak Microsoft telah mengumumkan secara rasmi pengambil alihan sebahagian daripada syarikat Nokia, iaitu Newkia; syarikat yang baru diadaftarkan di Singapura.Syarikat Newkia ini juga merupakan salah sebuah syarikat yang pernah diterajui oleh bekas Presiden Nokia SEA suatu masa dahulu.

Newkia merupakan sebuah syarikat yang ingin menggunakan kepakaran teknologi dan rekaan telefon daripada Nokia untuk membangunkan sebuah telefon pintar berasaskan Android dalam masa satu tahun dari sekarang.


Jika dilihat dari aspek pengurusan pula,pihak mereka akan menubuhkan pusat R&D ( Research and Development ) yang berpangkalan di Finland, manakala syarikat Newkia di Singapura.

Hal ini sedikit sebanyak mencetuskan sebuah revolusi terbaharu dalam pembangunan sebuah telefon pintar yang hebat.Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?Adakah anda tertarik dengan artikel ini dan ingin mendapatkan salah satu peranti daripada syarikat ini kelak?Sama-sama kita nantikan.


SUMBER RUJUKAN : Amanz.my

Sekilas Pandang - i-Mobile IQ XA Telefon Pintar Dengan Kamera 18MP Pada Harga RM988




Baru-baru ini, pihak i-Mobile telah memperkenalkan gergasi baharu telefon pintar mereka iaitu i-mobile IQ X(IQ XA bagi pasaran Malaysia). Peranti yang segak ini bukan sahaja berpatutan, tetapi juga didatangkan lengkap semua dalam satu dari segi penampilan, sehingga ke keupayaan kamera yang menakjubkan.

Peranti yang segak ini didatangkan dengan rekaan badan senipis 7.5mm dan dikuasakan oleh sistem operasi Android versi 4.2 Jelly Bean. Dari segi cip pemproses, peranti ini dipandu oleh cip pemprosesan Mediatek MT6589 Empat-Teras yang diset pada 1.2GHz dimana ianya menjanjikan kelancaran dalam penggunaan. Pengalaman menonton juga dipertingkatkan dengan paparan berdifinisi tinggi 4.7inci berserta perlindungan anti-calar Gorilla Glass.



Peranti ini didatangkan dengan kamera yang menakjubkan iaitu 18MP Auto Focus BSI bersama dua LED Flash bagi kamera utama dan 8MP Auto Focus BSI bagi kamera hadapan. Mempunyai sokongan Dual Sim membolehkan anda memilih dan menukar diantara rangkaian pilihan anda.

Peranti ini dijual pada harga saranan RM988 dengan dilengkapi hadiah percuma bernilai RM99 iaitu 16GB microSD kad, pelindung skrin dan pelindung telefon.



Berikut adalah spesifikasi penuh peranti:


MODEL
i-mobile
IQ X
GENERAL
2G Network
GSM 900 / 1800 MHz
3G Network
WCDMA 900 / 2100 MHz (IQ XA)
BODY
Dimensions
138 x 66.7 x 7.5 mm
Weight
130 g
DISPLAY
Type
IPS TFT Capacitive Touch Screen, 16M Color
Size
720 x 1280 pixels, 4.7 inches HD Gorilla Glass
SOUND
Alert types
Vibration, Ringtone 64 Polytones/midi/MP3
Loudspeaker
Yes
Voice Recorder
Yes
3.5mm jack
Yes
MEMORY
Card slot
MicroSD up to 32 GB
Internal
1 GB RAM, 4 GB ROM
DATA
GPRS
Yes
EDGE
Yes
Speed
HSDPA 42.2 Mbps, HSUPA 11.5 Mbps
WLAN
Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Bluetooth
Yes
USB
Yes
CAMERA
Primary
18 MP BSI, Auto Focus, Dual LED Flash
Secondary
8 MP BSI, Auto Focus
Video Call
Yes
Video Player
Yes
Video Recorder
Yes
FEATURES
OS
Android OS, V4.2 (Jelly Bean)
Chipset
MediaTek MT6589
CPU
Quad Core 1.2 GHz
GPU
PowerVR SGX 544MP
Sensors
Accelerometers, Compass, Light, Proximity
Messaging
SMS, MMS, E-mail, Instant Messaging
Browser
HTML
FM Receiver
Yes
TV Tuner
No
Dual SIM
Yes (one micro, one mini)
GPS
Yes, with A-GPS, EPO support
Java
Yes
BATTERY

Li-Ion 2,000 mAh
Stand-by
2G: 390 hours / 3G: 285 hours
Talk time
2G: 15 hours / 3G: 8 hours
COLORS

Black


 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia