Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label htc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label htc. Papar semua catatan

CARA MUDAH MEMASANG DRIVER UNTUK SEMUA MODEL PERANTI ANDROID

Jumaat, 1 Februari 2013

Sebelum melakukan proses rooting, unlock bootloader atau apa sahaja yang anda ingin lakukan, anda perlulah memasang driver untuk peranti anda terlebih dahulu. Ini merupakan langkah awal dan penting kerana tanpa driver, segala yang anda lakukan pasti tidak berhasil.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memasang driver pada pc anda. jom!

1. Muat turun Pdanet disini
2. Double click pada fail yang di muat turun tadi
3. Jangan sambungkan peranti anda terlebih dahulu
4. Lanjutkan proses pemasangan driver dengan menekan next > next sehingga skrin memaparkan sesuatu berkenaan driver
5. Skip ke langkah berikutnya jika tiada. Sekiranya anda telah cuba memasang driver sebelum ini, ia akan meminta untuk uninstall driver tersebut dan memasangnya melalui pdanet. Anda hanya perlu tekan yes untuk beberapa langkah seterusnya
6. Seterusnya ia akan meminta anda memilih pengeluar peranti anda seperti gambar dibawah. Pilih pengeluar peranti anda dan klik ok


7. Seterusnya akan kelihatan warning mesej seperti gambar dibawah. Tidak perlu risau, anda hanya perlu klik 'Install this driver software anyway' Mesej ini akan dipaparkan berulang kali sehingga proses memasang driver selesai


8. Pdanet akan meminta anda menyambungkan peranti anda pada pc. Sekarang sambungkan peranti anda tanpa mengguna mode usb storage atau mass storage mode dan biarkan proses pemasangan driver selesai.
9. Pemasangan driver akan selesai sekiranya ia memaparkan pemasangan driver berjaya dilakukan.
10. Anda kini boleh memeriksa sama ada driver anda berhasil atau tidak dengan memberi arahan pada command windows dengan menaip adb fastboot Sekiranya anda mendapat respons(CONTOH: 162HBQ6170) tahniah kerana anda telah berjaya memasang driver pada pc anda.

*Untuk cara pemasangan ADB dan Fastboot rujuk entri kami disini

Jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh tinggal komen anda di ruangan komen dibawah. whatcha!

Bagaimana Untuk Menyediakan ADB dan Fastboot

Khamis, 31 Januari 2013

ADB aka Android Debugging Bridge dan Fastboot : kedua-duanya amat berguna bagi pengguna android advance. Ianya amat berguna sekiranya peranti android anda mengalami soft brick mahupun tersekat di boot animation. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan untuk flash recovery, kernel, mahupun memberi arahan kepada peranti anda.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyediakan ADB dan Fastboot di komputer :
1. Download dan install Java SDK ( versi x64 untuk 64bit windows, versi x86 untuk 32bit windows )
2. Download dan install Android SDK. pastikan anda mempunyai java sdk terlebih dahulu untuk android sdk berfungsi.
3. Run SDK Manager.exe dan download Android SDK Platform tools daripada senarai available package to install


Nota : Right click pada SDK Manager.exe dan pilih Run as administrator


4. Enable USB Debugging pada peranti anda. setting > application > usb debugging

5. Download Pdanet untuk PC disini dan semasa proses install, pilih pembuat peranti anda(samsung, sony etc.) Jika tiada dalam senarai, pilih others. Seterusnya ia akan meminta anda untuk menyambungkan peranti ke pc untuk proses pemasangan driver. Hampir kesemua peranti boleh menggunakan cara ini.
Nota : untuk pengguna sony, cara paling senang untuk install driver adalah dengan memasang sony pc companion 

6. Pastikan peranti anda disambungkan pada pc dalam mode normal. pergi ke C:\Program File\Android\android-sdk\platform-tools tekan shift+right click pada mana-mana bahagian dalam folder tersebut dan pilih open command window here. beri arahan dengan menaip adb device dan peranti anda akan dipaparkan. Tahniah anda sudah ada ADB yang berfungsi untuk peranti anda

ADB yang dipasang dengan betul
7. Download Fastboot disini Masukkan peranti anda dalam fastboot mode dengan menekan kunci kombinasi berdasarkan peranti anda.(setiap peranti mempunyai cara untuk memasuki fastboot mode yang berlainan, google cara masuk fastboot mode untuk peranti anda atau cari di xda)
8. Pergi ke folder dimana anda install Fastboot tadi, tekan shift+right click dan open command window here. pastikan peranti anda dalam mode fastboot dan beri arahan dengan menaip fastboot devices Jika tiada sebarang error dipaparkan seperti gambar dibawah, tahniah kerana anda telah berjaya memasang fastboot di pc anda.



Antara arahan-arahan biasa yang berguna :

Install App via ADB :
adb install <lokasi fail dalam pc>  CONTOH : adb install c:\apps\wildblood.apk

Uninstall App via ADB :
adb uninstall <nama app>  CONTOH : adb uninstall whatsapp.apk

Flashing custom recovery via Fastboot :
fastboot flash recovery <recovery name>  CONTOH : fastboot flash recovery cwm.img

Flasing kernel via Fastboot :
fastboot flash boot <nama kernel>  CONTOH : fastboot flash boot doomkernel.img


 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia