Disini kami ingin menunjukkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tablet tersangkut pada logo Android apabila dihidupkan.
Langkah pertama ialah anda perlu memastikan yang PC/Laptop anda dapat mengenalpasti tablet yang bermasalah. Jika anda belum memasang driver bagi tablet tersebut, sila rujuk post kami mengenainya disini.
Langkah kedua muatturun Uberizer versi terbaru disini.
Seterusnya ikuti langkah mudah dibawah:
Pasangkan Uberizer pada PC/Laptop anda dan sambungkan tablet ke PC/Laptop dengan menggunakan USB Cable. Jika driver peranti anda dah dipasang dengan betul, nama model peranti anda akan terpapar di dalam tool Uberizer berkenaan.
Pada tool Uberizer, taip huruf K [Various Menu] dan tekan Enter.
Seterusnya tekan nombor 22 [Enter device's ADB shell] dan tekan Enter.
Sekarang, anda telah masuk ke pilihan ADB [Android Debug Bridge].
Taip [wipe data] dan tekan Enter. Taip tanpa [ ]
-Pilihan ini akan memadam segala data didalam Tablet anda.
Seterusnya taip [reboot] dan tekan Enter. Taip tanpa [ ]
-Pilihan ini akan menghidupkan semula tablet anda.
Sekarang tablet anda telah diset semula, dan seharusnya tablet anda akan boleh digunakan seperti biasa. Jika tidak, anda mungkin perlu mencari Firmware untuk tablet anda.
Semoga berjaya.
Contoh gambar Reset yang berjaya.